Category Archives: updates

Racing is Living….Everything else is just waiting to be discovered:Good Bye 2016, WELCOME 2017

Year End Special Review with Iamalaysian Numero Uno Top Mechanic : Shaziq Shah
by Hadi Hussien 2016

shaziq

 

The year 2016 end is just around the corner. For some, it is the best time to wrap up their stories but for a few, it just means gearing up for a new beginning. Year 2016 was a great year for practice sessions, the warmers much needed for the tyres and for our top man Mechanic turn racer, Shaziq Shah to get his suit up before the revs go all wild. Read on as Shaziq talks about himself and his involvement in bike racing.

Name: Shaziq Shah

Job Title: Iamalaysian Workshop Head Supervisor/Technical Trainer

BOD/Age/Sign: 21/5/1993/23 years old/ Gemini

Tell us abit about yourself: I was born and raised in Selangor, my dad is from Perak but my mum is originally from Selangor and we all are living here basically. I got my early education at Sekolah Rendah Kepong (FRIM) and attended highschool at MAHAT Sg Plong Sg Buloh. I started working very early around 19. My first job was at a Biodiesel factory before becoming a despatch boy in 2014. In 2015 I finally figure I should do something better for myself so I enrolled at Giat Mara Batu Caves under the “Teknologi Motorsikal’ Program from (June till December 2015). I graduated and start my job as a mechanic at Iamalaysian VCare Centre until now.

Some information on your family: I’m the first child of four siblings, there is my sister below me, now studying in Uitm,followed by my little brother also still studying in ILP and the youngest brother is still in form 3. My dad works in FRIM and my mum is a teacher in a school at Kepong. We are all living together here in Selangor.

Does your family Support you?: Yeah, there were some concerns at the beginning. As parents they get worried about me but eventually they see my passion and now give their full support and blessing. I am pretty much a family man and that means alot to me to have their prayers and ‘doa’ you know.

shaziq5

What motivates you to become a racer?: A friend, from my bike group. He was actively racing back then in the Kapchai Endurance Race. When I hear his stories about his races I think that got me interested to try out. You know like love, I fell for it instantly. Deep inside I know I got it. Alhamdulillah, now I am racing. Mine was bit slow start but nothing is too late. I start my racing involvement in 2015 with Team GTX Extreme riding a Kriss 110 number 29 in the Kapchai Endurance KBS-MAM Race series for one whole year. Back then I was still rough around the edges. Then this year 2016 I started racing with the Ababil Team riding a Yamaha TZM  in the King of 2T Race Series under the 150cc Open 2T Tank : Full fairing category. I was aiming for top 5 on the list (King of 2T Championship standings mix Sports Productions) and really getting there having gotten podium ( finishing second and third) on two of Sam Wheelie motorprix races but, alas I only managed to finish at number 8 (21 riders nationwide) which is good actually considering my limitations. Racing is not a full time thing for me, I still got other commitments and a day job to keep, plus racing is a pretty expensive thing. I still love it though.

shaziq12

What is your future undertakings/concerns as a racer?: Well 2016  was a  great year but I’m putting my feet forward for 2017. Being on Top 5 listing in the King of 2T Championship standings should be a good mark. Will work harder to get points and compete at least in 10 major events next year. My main concern is for a better bike and also maybe how to financially supporting this love of mine (I pay myself to enter these races). Who knows if there is a chance of getting sponsorship I know I can perform much better. I still hold on to this dream of one day being able to race in the Cub Prix you know. Some people may say  it’s a far off dream and that I’m too old already, 23 is like rabbit year in the race world but I say, well who knows, I might prove them otherwise. Main thing now is to focus on winning and delegating my time well. Have to work twice as hard this time around to make sure my professional job career is also progressing. Being the head mechanic in Iamalaysian VCare Centre has given me the exposure of knowing more about bikes and maintaining them but that’s another story and another chapter of my life (laugh).

Describe yourself in 10 words: Slow Start, Keep fighting, Never Give Up, Quiet,Likes laughing.

Favorite Food/Color/Racer: Anything Spicy/Green/Fadli sham walat & Valentino rossi

Are you still single?: Single (not married) but not available. hahahaha. Currently in a relationship with a sweet girl. She is from Perak. She doesn’t really involved in my racing activities but my girl is always supporting me. She is still studying and InshaAllah I plan to start a family soon with her, I hope. Likewise need to work harder to support a family. But the dream to race will never die.

Last word: Thank you to all my family especially to my dad Shah Mohd Drus and Mum Salinah Binti Miswan for your support and guidance and to ms azura husin, my boss abang hadi for being patience with me, my race team (former and present) and all that have been with me since day 1. Thank you a million

Catatan dalam bahasa Malaysia

Bual bicara khas penutup tahun 2016 dengan Mekanik Utama Iamalaysian: Shaziq Shah
oleh Hadi Hussien 2016

shaziq10

 

Kita sudah hampir di ambang akhir tahun 2016. Bagi sesetengah orang, ia adalah masa yang terbaik untuk mengakhiri kisah selama setahun dan mengimbau kejayaan/kegagalan yang telah berlalu tetapi untuk sesetengah orang lain pula, ia hanya bermaksud, bersiap sedia untuk satu permulaan hidup yang baru. Tahun 2016 merupakan tahun yang hebat untuk sesi permulaan, ibarat ‘pemanas’ yang amat diperlukan untuk mengasah tayar dan bagi mekanik kami merangkap pelumba motor ‘intermidiate’, Shaziq Shah mendapatkan semula rentak perlumbaannya. Baca temubual ekslusif kami bersama Shaziq a.k.a ‘Anak Pak Shah’ bercakap tentang dirinya dan penglibatan beliau dalam perlumbaan motosikal ini.

Nama: Shaziq Shah

Jawatan: Ketua Penyelia Bengkel Iamalaysian / Jurulatih Teknikal

BOD / Umur / Bintang :  21/5/1993 / 23 tahun  / Gemini

Beritahu kami mengenai diri anda: Saya dilahirkan dan dibesarkan di Selangor, ayah saya berasal dari Perak tetapi ibu saya berasal dari Selangor dan kami semua tinggal di sini pada asasnya. Saya mendapat pendidikan awal saya di Sekolah Rendah Kepong (FRIM) dan sekolah menengah di MAHAT Sg Plong Sg Buloh. Saya mula bekerja seawal 19 tahun lagi. Pekerjaan pertama saya ialah di sebuah kilang Biodiesel sebelum menjadi penghantar dokumen pada tahun 2014. Pada tahun 2015 saya ambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang lebih baik untuk masa depan diri sendiri jadi saya menyambung pelajaran di Giat Mara Batu Caves di bawah persijilan “Teknologi Motorsikal ‘ dalam program yang berlansung dari (Jun hingga Disember 2015). saya menamatkan pengajian dan memulakan tugas saya sebagai seorang mekanik di Iamalaysian VCare Centre sekitar penghujung tahun (bulan november 2015) sehinggalah kini.

Maklumat mengenai keluarga anda: Saya anak pertama daripada empat beradik, ada kakak saya di bawah saya, kini menuntut di UiTM, diikuti oleh adik lelaki saya juga masih belajar di ILP dan adik bongsu masih dalam tingkatan 3. Ayah saya bekerja di FRIM dan ibu saya seorang guru di sebuah sekolah di Kepong. Kami sekeluarga tinggal bersama di Selangor.

Adakah Keluarga Menyokong minat anda?: Ya, tidak dinafikan terdapat kebimbangan pada awalnya. Sebagai ibu bapa mereka khuatir akan keselamatan saya tetapi akhirnya mereka melihat semangat saya yang tak pernah kenal putus asa dan kini nampaknya mereka memberi sokongan penuh dan berkat doa mereka, alhamdulillah, saya berjaya mencapai beberapa kejayaan yang membanggakan. Saya memandang serius institusi kekeluargaan jadi mendapatkan doa dan restu dari mereka adalah sangat penting bagi saya.

Apa yang mendorong anda untuk menjadi pelumba ?: Pengaruh rakan-rakan dan seorang teman, dari kumpulan motorsikal saya di kampung waktu saya kecil dulu. Beliau secara aktif nya terlibat dalam perlumbaan “Kapchai Endurance” ada ketika itu. Apabila mendengar cerita beliau tentang perlumbaan-perlumbaan yang di sertainya ketika itu, hati saya jadi tertarik untuk mencuba. Anda tahu seperti cinta, saya jatuh cinta untuk berlumba serta-merta. Jauh di dalam hati, saya tahu saya mampu melakukannya. Alhamdulillah, sekarang saya sudahpun mencapai impian itu. Walaupun penglibatan saya pada permulaan agak perlahan tetapi pada saya biar lambat asal jadi. Saya mula aktif berlumba pada tahun 2015. Pada waktu itu saya dengan pasukan GTX Extreme menunggang Kriss 110 nombor 29 dalam KBS-MAM siri Race Kapchai Endurance untuk sesi selama satu tahun. Ketika itu saya masih baru dan masih cuba mencari rentak yang sesuai. Kemudian pada tahun ini 2016 saya mula berlumba dengan Pasukan Ababil menunggang Yamaha TZM dalam perlumbaan King of 2T Race Siri bawah 150cc 2T Open Tank: kategori ‘fairing’ penuh. Saya mensasarkan untuk berada dalam kedudukan 5 teratas dalam senarai itu (King of 2T Championship standings mix Sports Productions) dan alhamdulillah untuk tahun 2016 ini saya berjaya mendapat (tempat kedua dan ketiga) dalam dua perlumbaan Sam Wheelie motoprix (dari perlumbaan 2 Sam Wheelie motorprix dan 4 King of 2T yang saya ikuti) tetapi, malangnya saya hanya berjaya berada di kedudukan nombor 8 (dari 21 pelumba dari seluruh negara) setelah gagal meraih mata utama dalam perlumbaan penamat di Kuala Selangor baru-baru ini. Berlumba ni bukan satu pekerjaan sepenuh masa bagi saya, saya masih mempunyai komitmen lain dan kerja tetap yang perlu saya jaga, tambahan pula penglibatan dalam perlumbaan ini memerlukan belanja yang agak besar. Sebagai contoh saya membayar sendiri yuran penyertaan untuk setiap perlumbaan.

Apa perancangan masa depan anda dan kebimbangan anda sebagai pelumba ?: Tahun  2016 adalah tahun yang hebat tetapi saya meletakkan harapan tinggi untuk tahun 2017. Perancangan utama sekarang ialah untuk berada di kedudukan 5 teratas dalam penyenaraian di King of 2T Championship. Akan bekerja lebih keras untuk mendapatkan mata dan bersaing sekurang-kurangnya dalam 10 acara perlumbaan utama pada tahun hadapan. Kebimbangan utama saya pada keupayaan jentera yang lebih baik dan juga mungkin bagaimana (dari segi kewangan) untuk menampung aktiviti ini.  Saya juga harus lebih memberi tumpuan kepada keupayaan fisikal dan kekuatan mental bagi menghadapi saingan yang lebih sengit kelak. Siapa tahu jika terdapat peluang untuk mendapatkan penajaan saya tahu saya boleh melakukan lebih baik. Saya masih berpegang kepada impian untuk satu hari nanti dapat berlumba dalam Perlumbaan Cub Prix. Sesetengah orang mungkin mengatakan ia impian mustahil dan bahawa saya sudah terlalu tua untuk itu. 23 adalah seperti tahun arnab dalam dunia perlumbaan tetapi saya cuma menjawab perlian mereka dengan berkata, Siapa tahu, saya mungkin orang pertama yang berjaya membuktikan andainan mereka itu salah. Perkara penting sekarang adalah untuk fokus bagaimana untuk menang dan membahagikan masa saya dengan baik. Perlu bekerja dua kali lebih keras kali ini dan memastikan kerjaya dan pekerjaan profesional saya yang sedia ada juga berkembang. Sebagai ketua mekanik merangkap bakal tenaga pengajar dalam Iamalaysian VCare Centre, kerjaya ini telah memberikan pendedahan untuk mengetahui lebih banyak tentang motorsikal tapi itu mungkin dalam cerita lain pula(ketawa).

Gambarkan diri anda dalam 10 perkataan: Lambat Panas, Terus berjuang, Tak Putus Asa, Tenang, Suka Ketawa.

shaziq11

Kegemaran Makanan / Warna / Idola : Asal Pedas / Hijau / Fadli sham walat & Valentino rossi

Adakah anda masih single?: Ya Single (belum berkahwin kan hahaha ) tetapi tidak mencari. Pada masa ini saya dalam hubungan dengan seorang gadis manis berasal dari Perak. Rakan sekampung saya. Dia tidak terlalu teruja dengan penglibatan saya dalam aktiviti perlumbaan saya tetapi dia sentiasa menyokong saya. Dia masih belajar dan InsyaAllah saya bercadang untuk memulakan sebuah keluarga tidak lama lagi bersama dengannya, ya itu pasti dalam perancangan. Begitu juga perlu bekerja lebih keras untuk menyara keluarga. Tapi jangan risau, impian untuk berlumba tidak akan mati.

shaziq2

Kata-kata pesanan: Terima kasih buat seluruh keluarga terutama ayah, Shah Mohd Derus dan ibu Salinah Binti Miswan atas sokongan dan bimbingan juga kepada azura husin, majikan saya abang hadi kerana bersabar dengan saya, kumpulan race saya (dulu dan sekarang) dan rakan-rakan serta semua yang terlibat. Terima kasih berjuta.

Advertisements

IAMALAYSIAN Going FROZEN….lets go, lets GO..

13576717_10155077075269408_3173985396643682910_o

For those who do not know me, here is a little bit about my background that people seldom care to know. In 1989 I took a cooking program “Pastry and Baking” under a local Institute, graduate and start working before realising on my first day of job that “I don’t really care for kitchen work” and started something else (Flying School in USA). But yes it is in the blood hahaha, should I say long before “Master Chefs” even hits the rave. Saying that my love for food is just as fiery as my love for flying and riding. And yes every morsel counts and I take food so seriously that the food I serve would be equally as good as anything I would dine on myself. If anything I would love more, is definitely spreading the love on the table 🙂 Yearghh

Hari Raya Haji is just around the corner and because of that I think it’s the best time to holla to all, Iamalaysian newest range of FROZEN HALAL food that I am selling, which are Rendang Kambing Adventure (great for long haul) and Karipap Kambing Power (superb for supercharge energy) both equally tasty and scrumptiously good.

 

The rendang kambing is using grounded spices, lightly warm on pan until it emits its fragrant spicy smell, and later blended freshly from scratch ( using pestle and mortar). Even the ‘kerisik’ or desiccated coconut is lightly fried and pounded until the creamy coconutty goodness surfaces.We use good quality Goat meat and the whole process takes around 5 to 6 hours slowly simmering on the hot stove, making sure the meat is tender and succulent. Every mouthful would be melting in your mouth. I might be rough around the edges but still after lots of input and suggestions from my fellow customers during Hari Raya, I’m sure I’ve come up with the best recipe in hand. So if you like Goat, I’m sure you would love my “Rendang Kambing Power”. The level of spiciness can be pre-requested (as the one I cook is non-spicy perfect for children and old people). Won’t regret it lah. The rendang can be delivered fresh ( order above 1 kg) but it will be frozen once cool down to maintain its freshness. The price for Rendang Kambing is

  1. 500 g  RM35
  2. 1000 g (1kg)  RM70
  3. Lemang   RM15 per piece

Next would be my Karipap Kambing or a more Glamorous name would be Goat Empanadas. The size of each curry puff is huge (over 14cm in length). The fillings is a secret recipe that I got from my mother, creamy potato and goat meat. It’s not spicy and the flaky skin is crumbly and crisp due to the pure butter. Yes PURE BUTTER I kid you not. Well not so nice for your blood pressure but surely good for the tummy. A sinfully goodness you can’t say no. One single serving might not be enough because it’s that good but it can set you full easily. The curry puffs are sold frozen in packages of 5 pieces each value at RM 16 per pack (package is microwave friendly). It’s pre baked before packed, so you just popped it in the toaster/oven/microwave for few minutes/seconds and it’s ready to be fried to golden perfection. Yummilicious

Please whatsapp 019- 2121 112 to place an order. As all food are cook upon order, I need all request to be at least 24 hours (1 Day) before the date of delivery. We still cater until Hari Raya Haji, that is how committed we are. Do make your order soon because from previous experience all items are hot and selling pretty fast. Delivery charges will be added if there is request for delivery to home/office. But you can always drop by the shop at Iamalaysian V Care/ Iamalaysian Cafe Spanar and Senduk anytime. We always welcome you. Do whatsapp the day before pickup ok. Have a nice day

karipap1

***Catatan Bahasa Melayu***

Bagi orang yang tak berapa kenal aku, kat sini ada sikit tentang latar belakang aku yang orang jarang ambil berat. Sebenarnya pada tahun 1989 aku ambil kursus memasak dalam program “Pastry dan Baking” dengan sebuah Institut pengajian tempatan. Aku graduate ok dan dah mula bekerja sehari sebelum aku sedar pada hari pertama aku kerja yang “Jiwa aku tak sesuai didapur” , aku mula amik jurusan lain (Sekolah Penerbangan pula di USA). Tetapi ya, percaya atau tak memasak ni dah ada dalam darah daging aku hahahaha, malah lagi awal dari cerita “Master Chef” kat tv tu, sebelum program tu meletop. Minat aku pada makanan adalah sama besar dengan cinta aku untuk terbang dan menunggang motor. Setiap suapan tu aku ambil kira dan pada aku begitu serius sampai aku akan pastikan apa saja makanan yang aku hidangkan mestilah lazat macam yang aku suka makan. Sudah semestinya aku sediakan semua makanan tu dengan penuh kasih sayangkan. Yehaaa

Hari Raya Haji dah dekat sangat sebab tu aku fikir ini lah masa terbaik untuk perkenalkan pada semua pembaca dan pengikut aku, makanan HALAL FROZEN keluaran Iamalaysian yang terbaru, Rendang Kambing Adventure (sesuai untuk perjalanan jauh) dan Karipap Kambing Power (hebat untuk tenaga supercharge segera) kedua-duanya sama-sama lazat dan mabeles.

Rendang Kambing tu menggunakan rempah ratus Sebenar (bukan premix), aku sanga (goreng kering) atas kuali sampai dia mengeluarkan bau pedas wangi, dan kemudian aku tumbuk halus(guna lesung batu). ‘Kerisik’ atau kelapa parut kering pun aku buat sendiri goreng dan tumbuk sampai naik minyak yang lemak manis tu. Aku gunakan daging kambing yang bagus kualitinya dan proses mereneh rendang ambil masa lebih kurang 5-6 jam dengan api perlahan di atas dapur sehingga daging betul2 lembut. Orang kata takde gigi pun takpe, cair di dalam mulut. Aku mungkin nampak kekok pada mulanya, yelah dah lama kut aku tinggalkan bidang masakkan,tapi lepas dapat banyak maklumbalas dan cadangan daripada pelanggan dan rakan-rakan aku semasa Hari Raya, aku yakin yang aku telah dapat resipi yang terbaik di tangan. Jadi, kalau suka makan Kambing, aku jamin lah akan suka “Rendang Kambing Power” aku.  Makan dengan Lemang aduhh terangkat beb. Tahap kepedasan boleh mintak (aku masak tak pedas sesuai untuk kanak-kanak dan orang-orang tua). Rendang boleh dihantar segar (tapi kena pesanan melebihi 1 kg) yang lain aku dibekukan segera sebaik saja dia sejuk untuk mengekalkan kesegarannya. Harga untuk Rendang Kambing macam kat bawah.

  1. 500 g RM35
  2. 1000 g (1kg) RM70
  3. Lemang RM15 setiap satu

Seterusnya ialah Karipap Kambing Power aku atau nama yang lebih glamor Goat Empanadas. Saiz setiap karipap sangat besar (lebih kurang 14 cm panjang). Isi karipap adalah dari resipi rahsia yang aku dapat dari mak aku, kentang berkrim dengan daging kambing. Karipap tak pedas dan kulitnya rapuh dan rangup kerana aku menggunakan mentega tulen. Ya PURE BUTTER . Napa, tak percaya ke? Memang laa tak baik untuk tekanan darah tapi  pasti baik untuk perut dan anak tekak. Sedap sampai menjilat siku. Satu keping mungkin tak cukup sebab terlalu lazat tapi sebenarnya makan sekeping tu pun dah boleh mengenyangkan. Karipap ni sejuk beku dan aku jual dalam pak berisi 5 keping setiap satu, bernilai RM 16 satu pak (pak ni boleh guna dalam microwave). Karipap dah separuh bakar, jadi hanya perlu masukkan dalam pembakar roti / oven /ketuhar gelombang mikro untuk beberapa minit / saat dan dah pun boleh goreng sampai garing. Dapnyee

Sila WhatsApp 019- 2121 112 untuk order dan setiap tempahan perlu sekurang-kurangnya 24 jam (1 hari) sebelum tarikh penghantaran. Hari Raya pun aku hantar, komitednya aku meniaga. Kena order awal sebab dari pengalaman lepas memang cepat habis. Caj penghantaran akan ditambah jika ada permintaan untuk hantar ke rumah / pejabat. Atau boleh singgah kedai di Iamalaysian V Care / Iamalaysian Cafe Spanar dan Senduk bila-bila masa untuk ambil sendiri order. Kami sentiasa mengalu-alukan anda. Cuma ingat untuk whatsapp aku sehari sebelum nak amik ok. Itu saja buat masa ni. Terima kasih