Artwork from little artist

My little friend, Yassin drew this. Thank you boy!

Do you draw? If you would like to be featured in this blog, send your drawings to my admin: admin@iamalaysian.com. Or create a post in your blog and we’ll link you!

Advertisements

Press Release: Solo rider spends nights in Pakistani's NWFP District Police Stations

ENGLISH :

Solo rider spends nights in Pakistani’s NWFP District Police Stations

21 Jun 2010 – Zobh, Pakistan | Solo rider Syed Ahmad Abdul Hadi who is on his way to Taftan from Islamabad, had to spend several nights in various police stations along his route to the bordering city of Pakistan-Iran.

Along his 500km voyage, which started at 5am from Islamabad heading towards Dera Ismail Khan, he had been stopped at multiple road-blocks and was ordered to report at every Security Check Point situated at every 10km. He had also been interrogated.

With the rising temperature of 45°C, the frequent stops along the desert and highland routes makes his mission even more harder.

As soon as he reached the NWFP Federal Territory, Dera Ismail Khan and
after reporting at the local police station, Hadi was prohibited to leave
the police station as an extra precautionary measures, following the kidnapping and murder as well as serial bombings in the district recently.

Following the escalating turmoil in Dera Ismail Khan, Hadi was transferred to Punjab district, a reportedly safer district which  is situated 45km away at around 1am local time. However, he was abruptly awakened at 4am and was ordered to get ready for deportation to the next city, Quetta. Escorted with heavily armed military and police personnel, Hadi headed to Quetta, situated 700km to the West.

His journey was adjourned at 6pm as it was not safe to travel at night and was ordered to spend the night at Zhob’s police station which is situated between Dera Ismail Khan and Quetta.

It is reported that a few international NGOs which have been operating
here had shut down their operations last week due to security factors following the kidnapping and assassinations of their personnel. Currently, foreigners are being targeted by the opposition as they are seen as a threat on financial matters.

Hadi is now is being deported towards the Iranian border and is scheduled to
arrive in Iran another 4 days from today. Hadi is not allowed to capture
pictures or videos during this period due to security reasons.

During an earthquake relief mission here last October 2005, Hadi was held
hostage by a group of terrorist. He was beaten and tortured.

Hadi’s travel progress can be followed through his personal blog:
iamalaysian.com and on facebook: I Am Malaysian.

————————

BAHASA MALAYSIA:

Penunggang Solo bermalam di balai polis di Daerah NWFP, Pakistan

21 Jun 2010 – Zobh, Pakistan | Penunggang solo Syed Ahmad Abdul Hadi yang kini dalam perjalanan dari Islamabad ke Taftan, terpaksa bermalam di balai-balai polis sepanjang perjalanannya ke bandar sempadan Pakistan-Iran itu.

Beliau yang memulakan perjalanan pada pukul 5 pagi dari Islamabad menuju ke Dera Ismail Khan sejauh 500km terpaksa berhadapan dengan sekatan jalan dan diarahkan melapor diri di pos-pos keselamatan setiap 10km perjalanannya. Beliau juga menghadapi soal-siasat di setiap balai polis di
setiap daerah yang dilalui.

Perjalanan terhenti-henti itu, di samping menghadapi suhu yang mencecah
45° C di sepanjang padang pasir dan pergunungan menambahkan lagi kepayahan dan kesukaran misi.

Sebaik sahaja beliau tiba di Dera Ismail Khan di wilayah NWFP dan selepas
melapor diri ke balai polis daerah itu, beliau telah tidak dibenarkan
meninggalkan perkarangan balai atas faktor keselamatan berikutan beberapa
kejadian penculikan dan pembunuhan rakyat asing serta beberapa siri
pengeboman di daerah ini baru-baru ini. Kira-kira jam 1 pagi waktu
tempatan beliau dipindahkan pula ke balai di daerah Punjab berikutan
ketegangan yang semakin memuncak di Dera Ismail Khan.

Punjab yang dijangka lebih selamat terletak kira kira 45km dari Dera
ismail Khan. Walaubagaimanapun, beliau sekali lagi dikejutkan pada jam 4
pagi dan dikerahkan bersiap-sedia untuk menyambung perjalanan ke bandar
seterusnya iaitu Quetta. Dengan di iringi unit bersenjata beliau memulakan
perjalanan menuju ka Quetta yang terletak kira kira 700km arah barat.
Perjalanan beliau kali ini dihentikan pada jam 6 petang kerana hari
hampir gelap dan beliau diarahkan bermalam di balai polis Zhob yang
terletak di antara Dera smail Khan dan Quetta.

Dilaporkan beberapa NGO antarabangsa yang beroperasi di daerah selatan ini
telah menutup dan menamatkan operasi minggu lepas atas faktor keselamatan setelah beberapa kakitangan mereka diculik dan dibunuh. Dalam situasi tegang ini, rakyat asing menjadi sasaran pihak pembantah atas sebab-sebab kewangan selain dilihat sebagai ancaman kepada mereka.

Syed Hadi kini dalam perjalanan menuju ke sempadan Iran dan dijangka tiba
ke negara itu empat hari lagi. Sepanjang perjalanan kali ini, beliau juga
tidak dibenarkan untuk mengambil atau merakam apa juga gambar atau video atas faktor keselamatan.

Sebelum ini, beliau pernah dijadikan tebusan pada Oktober 2005 semasa
mengetuai misi bantuan gempa bumi di negara itu.

Perkembangan perjalanan Hadi boleh diikuti di blog peribadi beliau:
iamalaysian.com atau facebook: I Am Malaysian.