-
Salam bro hadi. Saya tertanya2 megenai tajaan atau sokongan dari badan2 tertentu atau NGO. Sedia maklum bro hadi spend rm40k utk trip ni tapi xde sponsor or sokongan yg bro hadi dpt ke?? Setakat moral support dari bikers Malaysia mmg bleh dipuji, cuma saya lihat kurang promosi event ni. Boleh bro hadi ulas sikit? Thanks bro hadi..semoga tanggapan masyarakat kepada riders seperti kita boleh ditepis dgn kejayaan bro hadi. Selamat maju jaya. Usaha, doa, tawakal adalah senjata mukmin. Salam.
Salam. Buat masa ini tiada penajaan dari badan koperat. Ada kawan membantu dan juga orang perseorangan. Jumlah yang kecil, barang yg kelihatan mudah dan murah tapi menyumbang kepada misi ini.
Kurang promosi? Contoh? Bukankah promosi memerlukan dana dan kewangan juga? Ada cadangan lain yg bisa membantu?
Thanks bro.
-
The red bottle…is it a fuel container? Where u get it from?
Yep. DIY shop around KL.
-
Kalau tidak keberatan, Bro Hadi boleh memberikan masa sekali. Pukul berapa mula bertolak dan pukul berapa sampai ke destinasi..nama penginapan di setiap tempat. Manalah tahu, akan dtg ada yg akan mengikuti jejak sama.
Masa dan jarak tidak boleh kita ikut pada rider lain bro. Kita kena ikut masa sendiri,kekuatan motor sendiri,keupayaan dan pengalaman rider itu penting. Bro try ride dari penang sampai KL. Try betul betul ikut time as plan. Lepas tu crita balik pada saya. Boleh ikut ka tidak. Mungkin ada sesuatu di tengah jalan yg kita tidak kira. Mungkin hari tu hujan,tau terlalu panas. Penginapan itu tersrah pada bajet masing masing dan keselesaan tuan punya diri.
Nanti saya bagi contoh…ada kata hotel murah, cap ayam. Contoh lain pulak mungkin di luar kemampuan sesetengah orang. Try dulu dalam Malaysia to get some experience.
Ride safe. Thanks.
-
Salam,saya nak tanya mengenai tayar motor yang digunakan bertahan ke sampai London nanti.Kalau motor breakdown tengah jalan macam mana?saya juga punya cadangan iaitu saudara boleh memasukkan sejenis cecair anti bocor pada tayar tubeless dimana ia akan menutup kebocoran secara automatik.Adakah saudara berbuat demikian juga?
Tayar kalau boleh sampai London, memang tukang buat tayar berhenti meniaga dik. Tayar akan ditukar bila dah botak…tak semestinya dah licin baru nak tukar. Ikut kesesuaian. Maksudnya, kalau ada jumpa kedai jual tayar yg kita rasa sesuai dari segi keselamatan (kira konfiden la) dan tayar kita dah nak sampai time nak tukar. Lebih baik tukar dari tunggu habis bunganya. Buat masa ni saya menggunakan yg tubeless. Ada juga yang mencadangkan pakai sejenis cecair yg letak dlm tayar. Ada mekanik yg sokong malah ada yg menentang. Saya bawak sebagai spare. Harapnya tidaklah diperlukan.
Breakdown? Basic tools untuk tukar tiub, ketat rantai, tukar plug ada saya bawa bersama. Peralatan yg lain sampai terlalu details tak perlulah bawa. Kedai motor pasti ada sepanjang perjalanan.
-
Bro Hadi, ada 2 kemusykilan saya, bagaimana awak mau pulang nanti ya? adakah dengan motor juga, kalau dengan flight, apa nak buat dengan motor tu? Lagi satu, kenapa Myanmar dan Bangladesh takde dalam laluan Bro? Bagaimana pun, selamat berjaya..
Apa yang memusykilkan? Saya bercadang untuk meneruskan perjalanan ini seluruh dunia jika mampu dan ada penaja. Kalau tiada sambutan,sampai london saya balik la kl balik naik kapal terbang. Motor boleh masuk kargo. Saya akan sampai kl dulu, motor kemudian.
Kenapa Myanmar dan Bangladesh? Jawapan sudah terjawap di wall komentar.
Dari Bangkok ke Nepal kena lalu Myanmar jika lalu jalan darat. Myanmar tidak membenarkan sebarang kenderaan asing – kereta dan motor masuk negara mereka. Memang kena naik kargo. ~Admin
-
salam bro hadi wira negara malaysia 🙂 sepanjang perjalanan bro dr KL ker bangkok ada x mengalami kesakitan pada fizikal bro maklumlah bwk motor jauh sampai bangkok..saya naik motor nk balik umah pun lenguh2…mcm mana bro atasai masalah mcm tuh.. tq..
Salam. Saya bukan lah wira, hanya sorang rakyat Malaysia yang hanya ingin mencuba sesuatu dan berkongsi dengan dunia tentang Malaysia. Alhamdulillah. Penat tu biasa dik, bila penat kena la rehat, jgn paksa badan. Bila berhenti isi minyak tu, stretch skit, rehatkan badan. Itu ja, takda rahsia apa apa. Makan kena jaga, tidor kena cukup, kurangkan stress.
-
sy syukur dan rasa bangga dpt turut serta konvoi bro sampai tol sg buloh masa flag off sabtu lepas.. sy betul2 berbangga kerana bro seorang rakyat malaysia yg sanggup korban masa,duit dll semata mata tuk mengibarkan bendera kita di negara asing..persoalannya bagaimanakah bro buat persiapan sebelum memulakan projek ni?..adakah bro pernah buat solo ride pusing malaysia?… from esy CTBIKERZ..
terimakasih bro.
persiapan untuk buat projek macam ni memerlukan banyak membaca.
membaca buku,blog dan journal orang yg dah buat sebegini sebelum ini.
bukan sekadar seorang atau satu rujukan sahaja.
itu sahaja tidak mencukupi.
pengalaman mengembara,bekerja di negara orang turut menyumbang.
saya pernah bertugas di beberapa negara sebelum ini..
dari situ kita boleh buat planning dan keperluan untuk perjalanan.
logistik dan persedian diplomatik.solo pusing malaysia?
saya baru lagi didalam dunia permotoran ni.
motor saya yg pertama saya miliki adalah pada tahun 1986.
pada tahun 1988 saya dah buat trip riding sorang sorang pusing malaysia
dulu laa.
masa zaman takda hiway mcm skarang ni.
skarang ni motor pon jauh lebih bagus,advance.
jalan pon dah elok. -
well done bro Hadi.. perjalanan beribu batu bermula dengan pusingan roda yang pertama.. Nak tanya berkenaan rim tayar. Kenapa guna sport rim dan tidak rim lidi. Setau saya rim lidi lebih tahan untuk perjalanan lasak dan endurance. Rim sport jika patah tidak boleh digunakan terus.
Thanks bro.
Motor ni digunakan standard seperti di beli dan keluaran kilang.
jika dilakukan ubahsuai ( tukar rim) maka waranti akan tamat.
walaupon besar kemungkinan waranti itu tiada setelah keluar dari Malaysia.
disinilah akan diuji kekuatan segalanya tentang motor ini.
jika ianya sampai di London dalam keadaan seperti asal.
maka terbuktilah akan ketahanannyarim lidi pon kalau bengkok atau patah still kena tukar jugak kan?
harapnya tidak lah terjadi apa apa. -
Alhamdulillah smpi gak bro hadi kat Bangkok ye,hati2 k sbb diberitakan keadaan dh mkin trk.Bro Hadi baru je lps servis lil G kan,setakat ni cam ner dgn engine condition?ada bunyi2 ke?gegar sana sini ke or makin ringan & bertenaga.Bro hadi ada masukkn ‘coolant’ tak?ianya adlh sejenis cecair utk mengelakkan drpd ‘over heat’ pd enjin,especially nk redah middle east nnti.Only tips,tk pakai pun takpe tp agk2 dh ride around 2 hours tu kasi la lil G rht dulu smbl pekene kopi…anyway ride safely,jgn merempit kat negara orang ok.salam…
Alhamdulillah. Thanks bro. Seperti yang kita maklum.setiap negara itu ada masalah dalaman dia, cuma jauhkan diri dari kawasan tersebut dan stay neutral. No komen n jgn sebut apa apa yg kita tak tau. Lil G ok. Enjin dia setakat ni bagus dan berharap it will stay that way sampai balik. Gegar tu perkara biasa bagi motor mcm ni. Hangan la kita full throttle all the way…motor apa pon boleh rosak.
bawak dlm keaadaan yg memadai mengikut keadaan jalan. Mengikut pengalaman saya pakai motor…baik motor kecik mau pon motor besar. Dia ni jenis enjin sejuk, maksud saya enjin dia cepat sejuk dan lambat panas berbanding dengan jenama lain.Saya juga tidak menggunakan coolant untuk enjin. Amalan saya ialah setiap 100km saya akan berhenti untuk rihatkan badan, pekena kopi dan juga masa untuk Lil G relax dan itu juga adalah masa untuk mengisi minyak.
Thanks bro.
ride safe -
Salam,Bro hadi ada bawa penampal tayar & toolnya sekali tak? base on pic cam takde je…penting gak tu bro utk jalan jauh, tubeless pun blh bocor tau.
Ada. 2 types. Cer ngk balik, satu yg slime, satu lagi ada dalam kotak compressor…yg orang panggil cacing.
-
Rating: +0
rasa terpangil untuk bertanya modenas gurun tak respons ke nak sponsa ini kerja bukan main2
Kita berusaha…tunggu ja lah, harapnya ada.
-
salam bro hadi..sy nk tanya setakat ni berapa kos yg dikuarkan dr malaysia hingga nepal…mesti byk di bangkok kan?
Hingga ka hari ini saya tak kira secara terperinci jumlah wang yg saya sudah belanjakan tapi realitinya….sebelum bermula perjalanan ada kos yg paling tinggi tanpa kita sedari. Di Bangkok kos menjadi tinggi disebabkan kargo, tiket ke nepal dan juga penginapan. Menunggu urusan kargo selesai juga menelan belanja.
-
salam bro hadi..setakat ni keadaan lil G macam mana dia ok ker?…katakan la tetiba dlm berjalanan ada masalah enjin mcm mana bro nk atasainya…apa2 pun sy doakan semoga bro dan lil G dapat teruskan perjalanan tanpa sebarang masalah..
Setakat ni alhamdulillah. Lil G sihat, takda masalah, as good and fresh as new. Kalau tetiba rosak? Kita repair la. No worries.
-
Salam Abg Hadi, I am ur long lost cousin. I ada tgk pelancaran projek ni. I doakan segalanya berjalan lancar, prjlnn yg selamat & dipermudahkan segala rintangan serta diberikan tahap kesihatan t’tggi utk projek ini. Sesungguhnya U seorg yg mempunyai visi tersendiri biarpun dlm serba kekurangan. This is the real challange. Why choose this little bike while others use superbikes?
Salam. Long lost cuz? Hmmm…from where? Anyway…thanks for watching and supporting this project. Why this bike? I ask you back, why big bike and not small bike like this? I have a small bike and a big bike.
-
Bro,salam dan semoga sejahtera. Mintak tolong sangat kalau bro dapat tunjukkan route yang dah bro lalui dan akan lalui. Sekurang-kurangnya dapat lihat dalam komputer pun jadilah.Semoga Allah merestui perjalanan bro. Tq.
Salam. Sedang diusahakan oleh webmaster. Harap bersabar sedikit. Thanks
-
Sepanjang perjalanan ke India takde sekatan jalan raya ke oleh pihak berkuasa?yelah nk tau juga macam mana kat negara luar nun.Satu lagi bro hadi tak pernah sesat ke atau tersalah jalan?peta ditangan tak tunjuk secara specifik kan,ke ada tanya pihak kedutaan atau rakyat tempatan.
Road block? Ada. Banyak tempat ada road block; dari Thailand, ke Nepal, ke India, semua punn ada. Selagi kertas (papers/permit) in order, apa nak risau. Macam takda lesen ja nak lari road block….
Sesat tu perkara biasa, bro. Yang nak menyesatkan kita lagi lah ramai, seronok tunjuk kita wrong direction. Peta kat tangan pon tak semestinya boleh pakai sangat. Kadang kadang jalan tu tutup,ada construction la, diversion la, anything can happen. So kena bersedialah.
Tanya kedutaan? Hmm kalau setiap negara kita nak tanya kedutaan, ada skit susah laaa. Free ja kena marah ngan orang kat wisma tu karang. Kita tanya orang tempatan. Itu rule of thumb. Kita boleh tanya dalam 5 orang berbeza dan amik yg jawapan yang terdekat. That may b the right way.
Hope this answers your question.
-
Di harapkan journey ini boleh jadi tatapan rakyat malaysia dalam M3 atau PANORAMA. Macam LONG way DOWN Ewan McGregor dan Charley Boorman. Lepas itu boleh jual CD/buku/Series TV..wow byk perkara boleh buat.
Makacih, harapnyalah.
-
a’kum..abg hadi.sy cuma nk abg hadi dgrkan lagu dendangan ABBA ataupun WESTLIFE.tajuknya ‘i have a dream’.mmg kena sgtlah dgn impian abg hadi utk jd srg pengembara solo bmotosikal nie.nk tanye pnjg2 nie pun kepala tgh xde idea apa yg nk dtanye.
terimakasih
-
Salam bro hadi. kadang tu, bile baca post2 bro hadi, memang saya kagum sangat2 dengan kecekalan bro hadi. alhamdulillah. bila sampai di mana2 destinasi tu, apa yang saya kagum, bro hadi boleh adapt di mana2 persekitaran. saya selalu baca post2 dalam ni. kadang tu sampai terfikir juga, “ai… dah sampai mane hari ni hadi ni…” ada beberapa perkara yang sangat menyedihkan saya. di mana silapnya saya tak tahulah. mungkin bro hadi boleh jawab, atau kalau tak boleh jawab pun, tak apelah.. saya hairan, KENAPA TIADA PENAJA sama ada dari syarikat MODENAS sendiri, atau dari mana2 agensi kerajaan atau NGO kita. sangat sedih, apabila tak ada badan yang sponsor sedangkan apa yang bro hadi buat, sangat2 membanggakan negara.. sedih sangat.. tapi, walau apapun, saya mengharapkan sangat, bro hadi dapat ride dengan selamat dan selalu hati2. negara orang, kita tak tau adat resamnye. slalu ingat Allah, kami di sini sentiasa mendoakan! amin..
apa nak disedihkan.
nothing new bro
take it easythis is life
-
how to use recovery of operating system i mean i want to make my desktop a fresh new one so using recovery tools .
r u sure u r on the rite page/blog?
-
Rating: +1
Salam Hadi, Negara berikutnya kalau mengikut jadual ialah Pakistan tapi bila tengok laluan kat peta macam makin jauh daripada sempadan atau mungkin anda merancang untuk melihat tempat2 yang menarik di India terlebih dahulu barulah masuk ke Pakistan,begitu?
bro….
Leh ni kira tempat ultimate bagi bikers dan overlanders.
dah masuk india ngan motor tapi tak singgah leh kira mcm pegi kl tapi tak singgah klcc la -
Riding the storm n snow ice? Bro guna tayar biasa je ke or ada spec lain. coz tenok jalan dia hmmm boleh tahan. N minyak ingine?
apa tayar yg pakai dari kl itulah tayarnya.
takda tukar tayar ice ka taya snow ka
minyak enjin made in india.ntah apa brand tah -
wahhhh dasat laaa itu tayar brand apa arr? sudah berapa km still use sampai salji lagi.. buat proposal arr minta bantuan tambahan pada itu komponi tayar loo (masih elok ka itu tayar? belum pernah pancit kah?)
proposal dah puas hantar.
takda reply lagi.
malas nak sebut brand kat sini.
stakat ni dah nak botak,blom lagi tewas.
harapnya bertahan -
Belum pernah lagi tayar pancit ?
alhamdullah blom
-
Brother, saya sangat kagum dengan cita-cita murni u tu, dan saya pernah pergi kebanyak negera, India serta Jammu Kashmir pun dah sampai dan didapati cara hidup mereka tu tau sama tau la. Saya nak tanya yang memusykilkan tu bagaimana keselamat diri dan lil Gu sema u tidur dalam khemah. Selamat maju jaya tq.
mana lebih selamat?
tido dalam kemah atau tido dalam bilik? -
Lil G baru sahaja tukar set tayar baru tapi saya lihat bro masih bawa tayar lama lagi,buat spare ke?atau nak pakai balik nanti?
tayar lama tu sebagai spare.
just in case till masuk iran.
will be crossing hard road unknown road condition kat tgh padang pasir.
mana nak carik kedai jual taya? -
macam mana dengan masalah leaking tu,dah settle blom?Cecair untuk cegah kebocoran tu dah guna blom?kalau belum guna lagi saya rasa lebih baik digunakan untuk perjalanan menuju ke Iran ni,takkan nak harapkan tayar spare tu je.ok safe ride.
motor masih lagi leaking.
bukan gasket.
tpi manufacturing defect.
nak buat camna kan.
cecair masih blom pakai buat masa ini.
harap boleh bertahan dan tak perlu dipakai sampai habis misi ini.
good tyres -
hi bro… dlm perjalanan berhenti solat mcmana cari kiblat, wuduk dll? misi pun misi gak kewajipan harap tak diabaikan agar bro sentiasa dibawah lindungan Allah amin
its not rocket science bro.susah sangat ka nak carik kiblat?
dengan ngk matahari dah boleh carik.
kompass lagi.
wuduk?
air ada.
takda air tayamum laaa….
tak susah punya.sori lah bro.
ni bukan rancangan agama.
nak cerita lebih lebih bro boleh tanya ustaz. -
Hmmm spoket dgn rantai amacam? ehh dah bagi penjelasan ke? Hmmm (tanyer je)
masih lagi blom tuka.
masih lagi ok -
Hello Sir! First of all I would like to say You’re awesome and I hope you reached safely and come back safely as well, As a biker myself you’re a total inspiration to us bikers, Riding a kap to such a mind boggling long distance. There are a few questions I would like to ask, you maybe have answered em in few of the questions above and I might have missed em out. Whats the average speed you’re going at? Do you really go at 60 to 70km/h all the way or do you blast at times. How often do you change engine oil? Is the 3 tongs enough to accommodate your personal belongings for such a long trip? Once again have a pleasant and safe journey Regards Alfred Oh
thanks bro.
just another ride.
it depends.
most of the road are hilly up north in india and most of the parts in turkey.
with my size and load.u cant go uphill faster.
60 to 70kmh would b fine.
in a way it saves u fuel.
on nice long highway i go ard 80 to 90.
more relax n not stressful ride.
just that it takes u longer time n hurts ur ass bad
manual says 2500km u hv to change the oil.
sometimes i do it ard 2000 km.sometimes slightly more if the ride is longer.
3 tong is good enuf.
just nice.with my sleeping bag and tent at the back of me.
unless u wanna carry more that i dont know what u gonna carryride safe bro
-
Oh yeah bro, I’ve forgotten to ask you, with hilly road condition and all, do you think sports type of bike is suitable for going to this sort of trip? Thank you very much again and godspeed Regards Alfred Oh
what bike again?
-
Sorry bro I wasn’t specific, R6 but without the lower fairing perhaps to clear the rocks and stones. Oh yeah, whats the mileage so far from malaysia to your current location?
u want to travel the world with R6?
mannnn…….u must be good
u got titanium backbone?
salute!!!
i gues its almost 18000km to date.
not really sure.
gotta check it again when i come back to athens -
Salam bro.Hadi, saya cadang nak travel satu Malaysia naik motor GT128 juga, jadi apakah safety precautions/emergency situation/nasihat saya perlu tahu?
ride safe.
seperti mana biasa ride.
takda beza ride pusing malaysia atau pergi penang ka.
sama ja. -
Salam…saya tengok dlm gambar barang2 sparepart ada satu cecair slime…Kat kedai mana bro beli slime tu sbb cecair sealer yg brand slime tu susah nak dpt…puas saya cari…klu ada pon yg brand dr china…so saya nak tau itu je…TQ
owhh
brand tu ada jual kat ikano damansara.kedai hardware DIY