Articles by Aku Peduli Apa

Two articles written by Azmi Ibrahim, blog writer of Aku Peduli Apa:

BRAVO BRO HADI…Gua Salute Lu..MODENAS Boleh Pegi Jahanam !!!

Modenas Lebih Percaya Mat Salleh Dari Melayu…Pastu Kantoi

Advertisements

66 thoughts on “Articles by Aku Peduli Apa”

  1. Cerita camni ada pro dan kontranya, kena dengar cerita kedua belah pihak dulu la baru boleh buat decision.

    Walaupun pihak Modenas tk sponsor bro Hadi, hopefully mereka amek inisiatif la utk menghargai pengorbanan yg bro Hadi buat ni demi untuk kepentingan bersama.

    Masih belum terlambat….

    1. Saudara berbicara cuba nak menampakkan neutral.
      brader kena membaca apa juga post dan response yang tertulis.

      bukan sekadar dari satu penulis.
      saya dah jawap soalan dan komen pembaca tentang modenas.
      sampai hari ini modenas tidak menjawap apa apa.
      kenapa tak tanya modenas sendiri.
      atau orang dari admin GT sendiri.

      pengorbanan untuk kepentingan bersama?
      bersama siapa bro?
      tolong jawap skit.
      aku serious nak tau ni

  2. salam..

    utk pengetahuan korang, sejak dari blaja sampai skang aku pakai motor keluaran modenas iaitu jaguh. aku mmg berbangga punyai moto tue.. bila dapat tau bro hadi nak wat ride solo ke london aku mmg sangat berbangga sebab bro hadi nak membuktikan ketahanan moto keluaran modenas. punyala aku semangat nak menyupport program bro hadi sampai hinggakan aku pun turut serta dalam hari pelepasan bro hadi. Tapi aku sendiri mengakui mmg menyedihkan masa hari kelepasan tersebut sebab mmg hambar. Tak semegah pun seperti semegahnnya semangat bro hadi nak mengibarkan jalur gemilang di pelusuk dunia. Terus terang aku cakapkan MODENAS mmg tak pandai ambik peluang untuk menaja program bro hadi. MODENAS tak menunjukkan semangat nasional langsung! or tak keterlaluan aku cakap yang MODENAS sendiri tak yakin dengan moto keluarannya sepertimana kita yakin dengan motor buatan negara kita…

  3. Dari apa yang aku dengar, pihak bro (walaupun bukan bro personally) ada mintak dengan Modenas tapi direct ke DRB. Betul atau tak, tak tau la. Harap boleh bagi penjelasan.

    Di sini aku rasa pihak Modenas rasa agak terpinggir la kalau betul camtu. Ye la dah bypass diorang dan terus ke boss diorang. Lagi satu aku dengar timeline masa proposal tu sampai Modenas agak lewat (less than a month or two weeks) dan ini menyulitkan diorang. Juga lagi satu aku dengar proposal dari pihak bro (walaupun bukan dari Bro Hadi personally) mencapai enam angka yang aku rasa agak berlebihan untuk this solo project.

    Wallahuallam. :).

    1. Salam bro Mad Jack,

      Saya sebagai Pengurus Program, biarlah saya jawab soalan ni bagi pihak Bro Hadi..

      Tentang permintaan dari DRB dan bukan melalui MODENAS tu, Bro Hadi sendiri yang minta..sebelum dia lantik saya..selepas saya dilantik, saya sendiri menghantar permohonan kepada MODENAS sebanyak 3 kali, dan setiap kali tidak dapat apa apa balasan (surat ataupun kata kata)..

      Bagi saya, ada betul juga Bro Hadi bertindak memohon terus dari DRB oleh kerana MODENAS sememangnya berada di bawah DRB dan setahu saya, Bro Hadi bertindak sebegitu kerana telah di sarankan supaya menghantar permohonan ke DRB..wallahhualam..ni yang saya tau..

      Tentang bab timeline, Bro Hadi beritahu saya dia menghantar permohonon (ke DRB) lebih 3 bulan sebelum dia bertolak)..dan diberitahu bahawa permohonan Bro Hadi tu hanya sampai ke tangan pihak Modenas 2 minggu sebelum dia berlepas (permohonan yang ini adalah yang dihantar oleh saya sendiri)..jadi bagi saya, silapnya bukan masa yang diambil oleh Bro Hadi atau oleh saya untuk bertindak..berkemungkinan ada masalah dalaman antara DRB dan MODENAS yang menyebabkan permohonan tu tak sampai langsung ke MODENAS..sekali lagi, wallahhualam..

      Enam angka? 100ribu pun enam angka bro…999,999 pun enam angka bro…kalau bro ingat petikan akhbar tentang projek ni, SEBELUM berlepas lagi Bro Hadi dah keluarkan lebih 40,ooo DUIT PERSENDIRIAN untuk membiayai projek IAMALAYSIAN..cuba bro tambah kira tolak darab bahagi 5 bulan perjalanan dengan macam macam situasi dan suasana yang tidak menentu..kos nya sudah tentu akan bertambah..campur semula dengan yang asal (lebih dari 40,000 tu..) .. tak ke cecah 6 angka?

      Anyway, yang saya minta untuk IAMALAYSIAN (walaupun 6 angka ke..7 angka ke) adalah tidak seberapa dengan apa yang telah di buktikan oleh Bro Hadi kita..dan tidak lah seberapa jika dibandingkan dengan layanan yang diterima dari pihak MODENAS..

      Bro fikirlah sendiri…

      Salam..

      Harris Admin

    2. bro mad jack ni banyak sangat la dengar cerita,confirm ke benda tu?atau sekadar cakap2 je.saya selaku pengguna modenas memang berbesar hati dan berbangga kalau medenas dapat taja untuk next trip nanti tapi sekarang rasa macam nak jual je motor ni walaupun baru lagi.

  4. Bro Harris,

    Thanks for the jawapan. Interesting. Pendapat saya adalah saya rasa Bro Harris/Bro Hadi silap langkah dengan direct ke DRB sebab ia adalah organisasi yang amat besar jadi proposal yang ultimately untuk anak syarikat akan lambat sampai ke tujuannya. DRB Big Boss pun mesti rujuk kat Modenas tentang feasibililty project IaMalaysian ni sebab that is just how they operate, unless Bro Hadi memang kamceng dengan big boss DRB tu.

    Take the ‘least’ 6 angka (ie RM100k). It is still banyak for company macam Modenas. You could have ask maybe 60% and ask for more sponsors to cover the cost (if you say RM100k tak cukup). Baru meriah. I still think 100k is too much for this scale of project.

    What ever it is, although project ni berjaya (on Bro Hadi’s personal level), I think it is a waste sebab the hype surrounding the event/project tidak di fully maximised.

    Wallahualam.

    P/S : Sorry sebab rojak BM/BI.

    1. Saudara Jack Gila kalau diterjemahkan nama saudara.
      cara saudara menulis umpamanya saudara sendiri adalah orang dari dalam organisasi ini sendiri sehinggakan segala detail yg saudara sebut ini seakan akan butir perbincangan yg tidak sepatutunya diketahui umum.
      tidak dapat saya bayangkan jika ini adalah rahsia dalam sesebuah syarikat.
      umpama petualang atau duri dalam daging.

      walau apa pon…100k you think its too much for this project…
      do you know how much its worth a picture of the bike on top of the himalaya,on top of the mountains,or maybe in the snow or may be a vid tengah padang pasir?
      if you think its cheap.
      then thats the level of your brain and value lah.
      thank you for being sarcastic and foolish to have said projek ini berjaya on my personal level. and said its a waste.
      well,its not your money anyway.

      u have all the right to think what ever you want
      only fools would think as such.
      and from the beginning i have said and i have said it many times that the bike manufacturer have all the right to to sponsor whoever he wants and and how he wants it.

      u have such a selective reading and too much looking at the pictures.
      peanuts brain.

      Menepuk air di dulang…percik kemuka sendiri.
      lepas tu…kena hempuk dengan dulang kat muka sendiri

      Khoda Hafez

    1. Enche’ kuli batak.
      namanya sememang mencerminkan peribadinya.
      itulah saudara…orang post kat blog dan fb suruh baca dan ngk gambar.bukan mendengar cerita semborono sahaja.
      Nama Tuanku Mizan tidak digunakan atau digunapakai langsung untuk apa jua tujuan fundraising atau lain lain agenda.
      hanya setiap 2 minggu sekali laporan akan di hantar ka istana dan kepada tunaku sebagai rujukan .
      salinan surat masuk istana ada di letakkan di dalam laman Fb setiap kali laporan di hantar.

      nak bukti macam mana?
      apa masalah enche’ jika kita hantar laporan pada tuanku?

  5. owh… pasal fb semua tu memang selalu ikut perkembangan sebab bangga dengan usaha gigih bro, tp project manager bro ada buat kenyataan ‘tiap2 kali mengadap tuanku akan….’ , tiap2 kali hantar laporan terus mengadap ke? berapa kali mengadap? pernah ke mengadap?

    apa2 pon skrg iamalaysian.com dah jd tempat tunding jari sana, tunding jari sini, sana salah, sini salah, cerca sana cerca sini….

    tak mcm dulu, hari2 teruja nak tau perkembangan terkini, bangga dengan pencapaian bro, tp skrg….

    1. err…biler saya buat statement “tiap tiap kali mengadap Tuanku akan….” akan apa?

      Mmg saya hantar laporan ke Tuanku, tetapi semestinya lah melalui saluran yang betul mengikut protokol istana dan sebagainya..tak perlulah pertikaikan berapa kali saya mengadap Tuanku dan sebagainya..

      and as Bro hadi asks…your point is?

        1. saudara Kuli batak
          Ride ini saya usahakan sendiri dengan dana saya sendiri dan tulang empat kerat saya sendiri.
          bukan duit saudara ,duit sponsor mahupon duit kerajaan ataupon dana dari tuanku atau istana.
          Selagi saya tidak melanggar undang undang negara malaysia dan juga mana mana negara didalam perjalanan ini,saya berhak menunggang motor saya,menulis dan juga meletak apa juga post didalam blog dan fb saya.
          sekiranya saya di sabit salah ,tindakan undang undang akan di ambil terhadap saya.
          tiada kena mengena dengan saudara dan risiko adalah tanggungan saya sendiri.
          bukan masalah saudara mahupon keluarga saudara.
          jadi…
          tiada paksaan untuk saudara membaca mahupon melayari blog ini.
          kalau saudara tidak suka membaca ,saudara boleh baca blog lain.
          kalau saudara rasa saya menipu dan melanggar undang undang Malaysia
          saudara boleh buat laporan polis atau kemana sahaja pihak berkuasa.
          itu hak saudara.
          Sekadar ingin menunjuk hebat menunding jari menuduh saya menipu atau apa jua tuduhan…ini bukan tempatnya.

          duit saudara jugak ,saudara nak buat apa dengan duit saudara tiada orang boleh persoal atau pertikaikan.

          beselindung disebalik nama samaran itu dayus namanya.

          Khoda Hafez

          1. sedeh gila bila aku tengok orang buat bro hadi macam nih…

            dah la kawan ni penat2 berjuang…harung dunia dgn motosikal kapcai… last2 kena kutuk lagi pasal hal-hal kecik… mangkuk tul lah mamat nih…

            hati kena baik dol… kurangkan sikit perasaan hasad dengki tuh… baru rezki bertambah…. org pun sayang…dan rahmat Allah swt mencurah-curah…

            sedeh memang sedeh ….

            apapun syabas Syed Ahmad Abdul Hadi Syed Hussien… lu memang rider sejati…

  6. salam.
    Tuan-tuan dan puan-puan. sudah lah tu…tak ke mana kita kalau asyik bercakaran sebegini.bro hadi dah sampai ke london.kita yang dok follow perkembangan nie, jangan dok salah menyalah antara satu sama lain.kita hormati setiap pandangan. tapi jangan samapi mengguris perasaan orang lain.takpa la kalau mana-mana pihak tak mau sponsor mana-mana projek.itu hak masing-masing.kita yang selama ini berdoa untuk bro hadi selayaknya bersyukur yang bro hadi selamat sampai dan berjaya dalam misi beliau. kita sama-sama berdoa untuk projek lain yang lebih baik.

  7. Hafiz adakah tujuan ride ini untuk membantai jenama Modenas @ mendapatkan sponsor, sebab dalam web Khoda hafez lebih banyak komen negatif mengenai modenas disebabkan gagal mendapatkan sponsor dari menceritakan kisah pengembaraan 2 roda yg mengiurkan.

    Abol
    Bikerz Magazine , editor.

    1. Saudara Abol,
      Saudara sebagai seorang Editor majalah permotoran yang mempunyai nama yg kelihatan agak berprestij.
      tapi sayangnya saya lihat saudara tidak membuat homework mahupon rujukan sebelum membuat pernyataan saudara.

      yang pertamanya-nama saya Hadi Hussien,bukan Hafez
      Khoda Hafez adalah Bahasa Farsi yang saya gunakan sekian lama didalam blog ini.
      tujuan ride ini ada didalam “The Project”
      kalau saudara tidak faham bahasa ini sila dapatkan bantuan.

      yang kedua-Tidak ada satu pon pernyataan saya sendiri didalam blog ini yang menghentam pengeluar motor yang saya tunggang.
      kalau saudara boleh buktikan,sila tunjuk pada saya,post yg mana satu.

      komentar pembaca adalah hak dan pendirian mereka.
      saya tidak sekali sekali mencerca mahupon berkata buruk tentang motor yg saya tunggang.
      kalau saudara lihat video saya.saya memuji motor yg saya tunggang.
      saya juga menekankan bahawa penajaan itu adalah hak mereka.

      penulis dari blog lain yg memberikan saya liputan,baik mahupon buruk ada saya sertakan link mereka didalam blog saya.

      jadi,pernyataan saudara inilah adalah tidak benar sama sekali dan menunjukkan yang saudara kurang membaca,tidak membuat rujukan dan menghentam saya secara membuta tuli.

      sebagai seorang editor ,perlulah memastikan fakta mereka itu betul.
      bukan sekadar mendengar cerita atau melihat gambar dan juga cut and paste dari laman web lain dan menjadi penulis picisan.

      Khoda Hafez

  8. saya setuju dengan zack. pada mana2 pihak, berhentilah menyerang apa yang hadi dah lakukan. dia hanya ingin menunjukkan kepada dunia bahawa orang Malaysia dengan kapcai pun mampu ke london. sebagai orang Melayu Islam, kita patut sokong hadi, tapi kenapa kita pilih untuk hentam hadi?

    kalau macam ni la sikap orang melayu, jangan harap la wawasan 2020 menjadi, wawasan 2050 pun takkan kemana.

    it is a shame to be a Malays nowaday….

  9. Saya sebagai penyokong setia dan “follower” Abg Hadi berasa terkilan dgn “suara2” sumbang yang langsung tidak berbangga dan bersyukur dgn usaha murni anak jati Melayu ini.

    Apa lagi yang mahu di suarakan lagi? Abg Hadi telah bergadai nyawa dgn tulang empat keratnya dan menggunakan wang nya sendiri untuk misi ini. Kita patut berbangga dengan beliau yang sudah sampai ke kota London dgn selamat dan sihat…dgn keizinanNya..

    Akhir kata, sekali lagi saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Abg Hadi telah berjaya dgn misi nya..

    SYABAS SEKALI LAGI ! KAMI BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA ! PROUD TO BE MALAYSIAN !

  10. to khoda hafez,congrats. U f done something that most of us can only dream about.n to do everythng on ur own,its a great achievement! Dnt wory bout what people thnk. Typical malaysian mentality,they only knw to comment n blame others,n nt knw how to say congrats n give good wishes. Congrats on ur achievements.

    1. Thanks
      U got that right bro about the mentality.
      but just wanna share with you.
      Khoda Hafez is a Persian word.
      It means,May the force/god or the supreme be with you.
      its a saying/blessing or wish u said to another person.

      my name is Hadi
      thanks again

  11. bro… aku sgt berbangga dengan pencapaian nko… semuanya dengan usaha sendiri.. x satu pon syarikat keparat yg tolong….. mende ginilah yang kite nak.. x macam sesetengah tuh, projek berenang berjuta2, projek manjat berjuta2 (siap tv segala bagai ikut) , projek penerbangan solo single enjin berjuta (ntah mana pergi? byk juta dah pow tuh), projet satria berjuta2 (ntah mana pergi-last skali india)… dan byk lagik.. semua nya pojek politik,

    skali lagi… tahniah.. dan semoga trus suksess

  12. apa-apa pon. pencapaian bro hadi tu saya tumpang berbangga as a Malaysian. Congrats.
    ingat nak tulis entri jugak pasai project ni, tapi takut salah info pulak.

    Tahniah sekali lagi.

    P/s: nama saya pon hadi juga. itu lagi membanggakan. haha

  13. saya nak dengar lebih banyak cerita dan tengok gambar2 yg mengiurkan dari cerita admin web ini yg tidak sedap, saya taulah bro nama Hadi, ingatkan “Khoda Hafez” ur nickname , habis tulis saja ada Khoda Hafez. Pengembara akan tulis nama beliau setelah habis cerita.

    Keep it’s clean and good stroy. This is ur web man.

    Sekali lagi Tahniah kerana berjaya dalam ride yang diimpikan selama ini. 😉

    1. The admin of this web has nothing to do with Hadi’s comments. Hadi commented at his own free willing. This is his web and I have never make it my own, and never commented on his behalf.

      With Hadi’s consent, I upload/edit stories and pictures and sometimes upload videos to youtube before publishing them onto this web. That’s just about it.

      And I comment by my own name, Emila.

      Thanks,
      Emila Yusof

    2. Abol, please check previous posts; there are hundreds of them, each one of them is full of juicy story and beautiful pictures. Have you check them posts out?

    3. Saudara abol ni betul ka editor atau sekadar menjual nama dan gila status?
      Saya dah sampai London.Nak ngk gambar dan story apanya lagi?
      Admin tidak ada kena mengena didalam menulis story ataupon mengambil gambar.
      story saya tulis sendiri dan juga gambar saya ambil sendiri.
      mereka hanya bantu saya dlm susun atur,edit dan upload bila saya email pada mereka.
      yang nak salahkan admin blog ni kenapa?
      janganlah semudah itu menunding jari dan menuduh orang.
      mereka tak salah apa apa dan tidak buat apa apa tanpa pengetahuan dan keputusan saya.
      they have been strong supporter behind me all the way.

      this is not a paid or a sponsored project.

      ini adalah blog saya,saya tulis,saya photographer,videographer,editor,coordinator dan juga admin kepada web dan blog ini.
      tak perlu saya tulis nama saya di hujung story saya nama saya sendiri untuk memaklumkan pada semua.
      melainkan admin lain yg komen,mereka akan letak nama mereka sendiri.
      Saudara abol tak tahu net etiquette atau web etiquette ka?

      saya juga bukan pengembara lain.

      this is a clean blog with clean story that we dont cut and paste from others like yours.

      Khoda Hafez

  14. Tahniah saudara hadi atas kejayaan dan selamat sampai ke tujuan. Mula2 je follow perkembangan pastu hampir terlupa. Terbaca kat paper NST baru ni rupanya dah sampai London, teringat nak tengok balik. Sayang jugak bila masuk macam2 komen2 yang kurang menarik, apa2 pun kita ambik yang baik…yang buruk tu kita buat iktibar.
    Saya secara peribadi merasa bangga dan kagum terutamanya keupayaan kapcai Malaysia boleh merentasi cabaran sedemikian. Rugi la modenas tak fully utilise the opprtunity atau diorg lebih prefer free publicity. Apa2pun bravoo bro!!

  15. “Haters Gonna Hate ” ignore je lalang2 yang tak pandai bersyukur ni bro hadi. apa2pun tahniah disebabkan kejayaan bro sampai ke london. 🙂

    nak tanya baju utk iamalaysian tu masih ada jual lagi ka? saya ingat mau beli satu. hehe

  16. Terkilan jugak bila tenguk komen2 negatif.Harap rakyat Malaysia boleh belajar berbangga dengan usaha siapa juga yang berjaya melakukan sesuatu yang bukan biasa biasa tetapi “luarbiasa”.

    Jangan patah hati Bro Hadi

  17. semoga semua perjalanan lancar
    kepada semua pengkritik2,rentikanlah semua itu
    this project for the people who had the big heart
    give some respect

    and to Bro hadi,hopes jgn layan sgt la sume tu
    coz in the end,people will judge u have the negative personality

    Peace n Love
    Salam.

  18. maaf tak tengok biodata, saudara hadi ni uncle seekers ke? sbb saya confirm syed hussein nama bapa tu. sebelum ni saya di ntv7, ada juga selisih uncle sbb saya bukan line production, cuma bahagian acquisition dan rasanya muka macam ada iras2….

      1. wa mmg tak saba nak spray langau ngan lalat tahi ngan racun seranga. tapi masalahnya semua langau2 dan lalat2 tahi yg bacul tu berselindung disebalik nama samaran yg mencermin keperibadan mereka dan secara tak langsung mededahkan betapa rendahnya tahap didikan akhlak yg ibu bapa mereka ajarkan sejak dari kecil lagi.barangkali ibu bapa mereka mewarisinya dari nenek moyang mereka..nauzubillah

  19. saper bro pakai nick projectiamalaysian nie..??? ade ramai ke

    orang datang bg komen sume nak bantai…komen +ve pon kene…zzzzzzzz

      1. Saudara Jack Gila kalau diterjemahkan nama saudara.
        cara saudara menulis umpamanya saudara sendiri

        Enche’ kuli batak.
        namanya sememang mencerminkan peribadinya.

        Saudara abol ni betul ka editor atau sekadar menjual nama dan gila status?

        (yg aku tau abol mmg editor magazine)

  20. Salute to you bro hadi….
    saya yang ada legend bike paris dakar pun tak seberani bro…
    terus usaha murni mu sebagai anak malaysia…
    (teringin bersemuka dengan bro dan belanja “mapley” sambil dengar cerita)

  21. salam.

    memang patut pun bro hadi marah. tak kena kat korang boleh lah cakap manis… apa ko ingat dia xde perasaaan???

    lagi satu apa ada hal dia minta 6 angka pun??? apa ingat ni konvoi pi Port Dickson ka??? 24 negara laa bhaiii… diulangi 24 negara…. Jangan sesekali kita lupa… bro hadi pertaruhkan nyawa dalam perjalanan bermotosikal ni…. duit ringgit boleh carik beb, nyawa???

    bro lu mentor gua… lu dah buktikan!

  22. salam,saya mmg berbangga dgn abg hadi…respek..menaikkn nma negara dan produk..tp syg..modenas sndiri tk taja…bg saya..kalo 1st mcm pndang remeh kt org..tk nk bg sponsor..tk pe laa..tp abg hadi dh buktikan..sekurang-kurangnya..bg laa selepas dia blk ke malaysia, bagi duit blk kaa…sbb dia dh buktikan..bkn omong kosong…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s