Selasa Januari 25, 2011
Pengembara Kapcai Sedih Tidak Dapat Sokongan Untuk Misi Harumkan Nama Msia
KUALA LUMPUR: Agensi awam dan swasta diminta mengikiskan sikap pilih kasih ketika memberikan sokongan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang ingin mengharumkan nama negara di persada dunia. Sebarang usaha murni oleh rakyat Malaysia yang bercita-cita sedemikian sebaliknya, harus diberikan sokongan padu kerana ia menunjukkan kesungguhan anak-anak jati Malaysia untuk mengharumkan nama negara. Pengembara solo motosikal kapcai ke London, Syed Ahmad Abdul Hadi Syed Hussein berkata, tindakan segelintir organisasi yang tidak memberikan sokongan kepada misi murni itu, bukti masih wujud pemikiran lama dalam kalangan mereka bahawa kemampuan anak-anak jati Malaysia masih tidak setanding dengan orang lain. Di sebalik kekecewaan terhadap layanan dingin yang diterimanya, Syed Hadi bagaimanapun berharap bahawa dia diberikan peluang dan sokongan untuk meneruskan misi merentasi dunia menggunakan kapcai selepas ini. Misi itu, katanya, bukanlah satu pembaziran seperti yang dianggap oleh pihak tertentu kerana pengalaman yang ditimba bukan sahaja tidak ternilai dan tidak mungkin dibeli dengan wang ringgit bahkan juga menginsafinya dengan penderitaan yang dihadapi oleh penduduk di negara-negara lain. ” Saya pernah menelefon satu pihak untuk tetapkan temujanji serta menghantar tidak kurang 2000 surat dengan harapan ia akan mendapat sokongan mereka namun tidak kesampaian. ” Apakah sambutan dingin yang mereka berikan kepada misi pemanduan kapcai secara solo saya ke London hanya kerana saya menggunakan kapcai ataupun saya sebagai seorang rakyat Malaysia?” kata Syed Hadi ketika ditemu bual dalam program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24. Ketika ditanya perancangannya tahun ini, Syed Hadi berkata dia berhasrat untuk mengumpul 5400 tandatangan rakyat Malaysia di luar negara untuk diserahkan kepada Perdana Menteri sempena kemerdekaan negara ke-54 pada 31 Ogos depan. Syed Hadi memulakan perjalanan menjelajah dunia dari Kuala Lumpur pada 24 April lalu dan mengakhiri misi sejauh 30,000 kilometer dengan merentasi 24 buah negara sebelum tiba di London, pada 24 Oktober lalu.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/1/25/mstar_berita/20110125142034&sec=mstar_berita
Semoga hasrat sdr Hadi tercapai kali ini dengan wujudnya sokongan dari pihak yang sudi, ikhlas dan percaya kemampuan anak MALAYsia.
LikeLike
Kemampuan anak MALAYsia ni bermula dengan sokongan dan bantuan bukan Melayu.
hows that sound to you?
reality bits bro.
thanks and many many thanks for all the prayers and support.
lets see hows the support on the next ride
LikeLike
well.. Support from those who have the ability and desire …….. I think …….
LikeLike
5400 signature? fuhh bro memang tak kenal erti penat. hebat la
LikeLike
kalau rajin laaa
LikeLike
go..go chaiyok!
LikeLike
kenapa 5400 je?kenapa tak lebih lagi?ada apa makna ke disebalik 5400 tu?
LikeLike
kenapa tak 5401 atau 5399 kan?
cuba fikirkan dan maklumkan disini.
kenapa tak nak fikir dan fikir dan fikir dan bantu dan bantu dan bantu?
LikeLike