News: Misi berjaya impian harijadi…(Berita Harian)

2010/05/08
Sumber: Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Pengembara bermotosikal, Syed Ahmad Abdul Hadi Syed Hussien akan tetap meneruskan misinya mengelilingi 23 negara dengan menunggang motosikal kapcai Modenas GT 128, sebaik saja jenteranya tiba di Nepal, hari ini.

Penunggang berusia 39 tahun itu yang berjaya menyelesaikan misinya di Bangkok, Thailand, 24 April lalu, terpaksa menangguhkan perjalanan ke destinasi seterusnya selama tiga hari berikutan kerumitan proses dokumen membawa masuk motosikalnya ke negara itu.

Syed Ahmad Abdul Hadi yang tiba di Nepal pada jam 5.50 petang, Rabu lalu menggunakan penerbangan Royal Nepal berkata, beliau tetap bersemangat meneruskan perjalanannya walaupun terdapat halangan apatah lagi keadaan politik di negara itu bergolak dengan ramai penunjuk perasaan berkumpul dan membuat rusuhan.

“Perjalanan dari lapangan terbang ke tempat penginapan saya di Kathmandu sejauh 30 kilometer (km) mengambil masa kira-kira dua jam disebabkan perbalahan yang berlaku bahkan perintah berkurung sudah dikeluarkan di beberapa kawasan tertentu.

“Bank, pejabat kerajaan, kedai dan stesen minyak sudah ditutup sejak hari pertama saya di sini dan kami hanya dibenarkan keluar membeli keperluan selama dua jam bermula 6 petang hingga 8 malam, namun ia bukan penghalang kepada misi saya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, urusan jual beli di situ turut membabitkan cukai tinggi seperti cukai kerajaan (13 peratus) dan cukai perkhidmatan (10 peratus).

Ditanya apakah impiannya sempena ulang tahun kelahirannya hari ini, Hadi berkata, dia ingin memastikan misinya berjaya dan selamat sampai ke London dan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kejayaannya.

“Walaupun berdepan pelbagai halangan dalam menjayakan misi ‘I Am Malaysian’ bagi mengharumkan nama negara, saya yakin de-ngan doa rakyat Malaysia, misi saya untuk mengibarkan Jalur Gemilang di kota London akan berjaya,” katanya.

Rain, rain go away…

It is not going to get better for me.

Why?

This is why:

Passengers stranded as flood disrupts East-West highway – THT Online

PARASI: The Narayangarh-Butwal section of the East-West highway has been obstructed in Nawalparasi district.

The section of the road was disrupted after a flood triggered by heavy rainfall swept away a diversion at Jaya Shree River in Gaidakot on Friday night, locals said.

The diversion was constructed some four months ago after a truck damaged the bridge on the river. Hundreds of passengers and vehicles have been stranded on the highway following the damage of the diversion.

It takes a few days to repair the damage, police said.

Source: The Himalayan Times.

Design a site like this with WordPress.com
Get started