News: Pengembara kapcai masuk India esok (Berita Harian)

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
2010/05/05
Sumber: Berita Harian Online


SYED Ahmad Abdul Hadi (tengah) bersama dua rakannya yang mengiringi perjalanannya sehingga Bangkok. SYED Ahmad Abdul Hadi (tengah) bersama dua rakannya yang mengiringi perjalanannya sehingga Bangkok. Ekspedisi motosikal Modenas GT 128 dari Thailand ke Nepal terpaksa guna kapal terbang

KUALA LUMPUR: Pengembara bermotosikal, Syed Ahmad Abdul Hadi Syed Hussien akan meneruskan ekspedisinya ke India seterusnya ke London dari Kathmandu, Nepal, esok atau Jumaat.

Pengembaraannya ke Nepal bagaimanapun perlu menggunakan kapal terbang berikutan tiada jalan darat dapat dilalui bagi meneruskan kembara dari Thailand ke Nepal.
Beliau yang kini berada di Thailand tiba di negara itu 24 April lalu, selepas menunggang motosikal kapcai Modenas GT 128 selama tujuh jam dari ibu kota.

Katanya, perjalanan ke Nepal tertangguh sembilan hari kerana perlu menguruskan penghantaran motosikalnya menggunakan kargo udara ke Kathmandu, yang mengambil masa lima hari bekerja untuk diselesaikan.

Syed Ahmad Abdul Hadi, 39, sebelum ini mengimpikan menjadi warga Malaysia pertama mengelilingi dunia dengan pesawat ringan dinamakan PutrajayaMalaysia, tetapi hasrat itu tidak kesampaian berikutan tragedi 11 September 2001.

Selepas sembilan tahun, dengan berbekalkan simpanan peribadi RM40,000, beliau nekad untuk mengembara ke London dengan menunggang motosikal Modenas GT 128 menerusi projek dinamakan `I Am Malaysian’.

Pengembaraan yang dijangka mengambil masa setahun setengah itu bermula pada 24 April lalu dengan merentasi 23 negara antaranya Thailand, Nepal, India, Turki, Serbia, Itali, Poland dan Perancis.

Mengulas perjalanannya ke Bangkok, beliau bersyukur kerana tidak menempuh masalah sepanjang perjalanan sejauh 700 kilometer.

“Saya dinasihatkan penduduk tempatan supaya berhati-hati di sana berikutan tunjuk perasaan kumpulan Baju Merah ketika ini. Saya juga dinasihatkan tidak mengambil gambar menggunakan kamera jenis XLR kerana dikhuatiri akan dicederakan berikutan dianggap sebagai wartawan,” katanya.

Beliau berkata, dia terpaksa berjimat cermat kerana perjalanan masih jauh dan berharap ada pihak yang sudi menaja kembaranya.

“Namun, saya berbangga kerana dapat mengibarkan Jalur Gemilang di sepanjang kembara ini,” katanya.

Advertisements

11 thoughts on “News: Pengembara kapcai masuk India esok (Berita Harian)”

  1. teruskan bro,kibarkan jalur gemilang sepanjang perjalanan nnti.”inilah barisan kita yang ikhlas berjuang,siap sedia berkorban utk ibu pertiwi”…..

  2. Good Luck… moga2 dah keluar artikel ni ade le sikit sumbangan koporat or penaja. Moga2 ade le tempias sikit2. Mudah le nanti di perjalanan yg masih jauh

    1. kalau untung 3 juta?
      donate.
      buat programme untuk anak yatim.tak yah buat rumah baru,tapi dev programme lepas persekolahan diorang.
      programm untuk orang kurang upaya menjana ekonomi.
      kelas agama untuk orang tua
      prgm menjana dan membantu golongan yang meminta.bukan menghina tetapi ada jalan yg lebih baik dari meminta.
      banyak lagi.
      aku doa kau senang cepat.
      lepas tu boleh tunaikan
      aminnn

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s