Solo ride to Solo…

Solo atau Surakarta terletak di timur Borobodor.
Pusat bagi kebudayaan orang jawa dan pembangunan yang paling sedikit bagi keseluruhan pulau jawa.
masih lagi mengekalkan ciri ciri kota lama dan juga cara hidup asal orang pulau jawa.

that black thing is the old style trafic light lah...
and its original..
that black thing is the old style trafic light lah…
and its original..

kelihatan orang berniaga di pesisiran jalan di mana mana dan tidak banyak terdapat gedung besar sinini.
Kota ini yang juga terkenal dengan kota disebalik tembok tinggi kini menjadi museum kunjungan rakyat tempatan dan juga pelancung asing.

Terdapat menara jam di tengah tengah kota yang hampir menyamai seperti yang terdapat di menara jam condong di teluk intan.
Macam kita ada jugak kat kampung
Macam kita ada jugak kat kampung

kota ini juga adalah pusat kesenian tarian asli dan juga music bagi seluruh indonesia.
golongan remaja ramai yang mempelajari seni tari dan music traditional sepenuh masa ataupon sewaktu musim cuti persekolahan.
kota tekstile ini juga tidak asing bagi penggemar batik jawa.dengan kualiti seni halus yang tinggi ,tidak hairanlah iyanya mendapat jolokan kota seni indonesia.
aku hanya menginap semalam sahaja disini.
sekadar melepaskan penat lelah dan juga jarak perjalanan yang pendek sahaja dari Borobodor.
seperti biasa setiap hari perjalanan aku di temani hujan ribut dan juga basah kuyup setiap kali tiba di kota seterusnya.
awal pagi ke esokan hari aku bangun seawal mugkin.
dengan harapan cuaca berada di pihak aku.
dari jam 6 pagi aku sudah bersiap namun hujan semakin lebat.
hinggakan hampir jam 9 barulah hujan berhenti.
mentari hanya keluar sekejap sahaja.
View from our small hut..
ready to ride after the morning storm
View from our small hut..
ready to ride after the morning storm

aku menggunakan peluang ini untuk bersiap dan mengikat bag dan barang di atas motor dan memulakan perjalanan.
destinasi hari ini adalah Surabaya.
cuma 250km sahaja ka arah timur.
terletak di wilayah jawa timur dan perjalanana aku akan merentasi gunung Lawu.
Puncak gunung lawu setinggi 3265Meter dari aras laut akan aku lalui hari ini.
harapnya tidaklah hujan.
sangkaan aku meleset.
belom sejam memulakan perjalan hujan lebat telah mula turun dan disusuli ribut.
aku sempat berhenti untuk berteduh .
terlalu bahaya untuk ride didalam ribut di jalan pergunungan.
kabus mula menutupi jalan dan kenderaan mula berhenti di tepi jalan untuk menunggu ribut berhenti.
sedang aku mendaki jalan gunung ,tayar belakang aku pancit sekali lagi.
dengan tidak ada bengkel di sekitar aku…
aku berhenti di sebuah warung dan pemilik warung itu memberitahu bahawa kedai terdekat menampal tayar adalah 3 km lagi.
aku membuka tayar belakang dan rudy pemilik kedai itu membantu untuk membawa tayar aku ke kedai berdekatan untuk di tampal.
baik nya dia…
kerana bentuk mukabumi yg tinggi itu aku menunggu agak lama untuk tayar aku di tampal.
apatah lagi didalam hujan.
aku terpaksa menungu hujan reda untuk memasang balik tayar aku.
Bocor lagi
Bocor lagi

aku kehilangan 3 jam kerana tayar yang bocor.
sudah pasti aku tiba di surabaya pada malam hari.
sewaktu menuruni jalan berliku gunung itu kelihatan banyak anak muda santai berkumpul.
puncak gunung itu adalah pertemuan antara jawa tengah dan juga jawa timur.
anak anak muda bermotorsikal untuk berehat disitu memandang masih lagi hari bercuti.
tidak kurang juga kelihatan mereka berpacaran di puncak.
tidak asing bagi aku.kerana di malaysia begitu juga .
ada lagi sekitar 150km untuk aku tiba di kota surabaya dan hujan sudah mula turun dengan lebatnya.
aku menyarungkan baju dan seluar hujan.
aku mengambil masa 5 jam di dalam hujan ribut kali ini untuk sampai ka destinasi.
setebal manapon baju hujan…
akan pasti basah jika 5 jam kita berendam di dalam ribut.
beberapa jalan menuju masuk ka kota sudah mula ditengelami air.
aku berhenti untuk mengisi minyak dan berehat.
aku bertanya kepada orang tempatan…
mereka hanya tersenyum…
ini biasa pak..
bulan januari ini ..pasti hujannya lagi hebat.
itu normal ..kata mereka.
aku tersenyum dan membayar harga minyak dengan duit yang sudah basah.
minyak diindonesia adalah sekita rm1.50 perliter .
mereka juga mendapat subsidi dari kerajaan untuk minyak mereka
aku tiba di kota surabaya dengan keadaan lencun hampir jam 9 malam.
aku berhenti untuk makan malam sebelom menuju ka hotel.
kota yang dihuni hampir 3 juta penduduk ini pasti akan ada cerita yang menarik…

owhh….
in the newslah today

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s