Category Archives: updates

Solo ride to Solo…

Solo atau Surakarta terletak di timur Borobodor.
Pusat bagi kebudayaan orang jawa dan pembangunan yang paling sedikit bagi keseluruhan pulau jawa.
masih lagi mengekalkan ciri ciri kota lama dan juga cara hidup asal orang pulau jawa.

that black thing is the old style trafic light lah...
and its original..
that black thing is the old style trafic light lah…
and its original..

kelihatan orang berniaga di pesisiran jalan di mana mana dan tidak banyak terdapat gedung besar sinini.
Kota ini yang juga terkenal dengan kota disebalik tembok tinggi kini menjadi museum kunjungan rakyat tempatan dan juga pelancung asing.

Terdapat menara jam di tengah tengah kota yang hampir menyamai seperti yang terdapat di menara jam condong di teluk intan.
Macam kita ada jugak kat kampung
Macam kita ada jugak kat kampung

kota ini juga adalah pusat kesenian tarian asli dan juga music bagi seluruh indonesia.
golongan remaja ramai yang mempelajari seni tari dan music traditional sepenuh masa ataupon sewaktu musim cuti persekolahan.
kota tekstile ini juga tidak asing bagi penggemar batik jawa.dengan kualiti seni halus yang tinggi ,tidak hairanlah iyanya mendapat jolokan kota seni indonesia.
aku hanya menginap semalam sahaja disini.
sekadar melepaskan penat lelah dan juga jarak perjalanan yang pendek sahaja dari Borobodor.
seperti biasa setiap hari perjalanan aku di temani hujan ribut dan juga basah kuyup setiap kali tiba di kota seterusnya.
awal pagi ke esokan hari aku bangun seawal mugkin.
dengan harapan cuaca berada di pihak aku.
dari jam 6 pagi aku sudah bersiap namun hujan semakin lebat.
hinggakan hampir jam 9 barulah hujan berhenti.
mentari hanya keluar sekejap sahaja.
View from our small hut..
ready to ride after the morning storm
View from our small hut..
ready to ride after the morning storm

aku menggunakan peluang ini untuk bersiap dan mengikat bag dan barang di atas motor dan memulakan perjalanan.
destinasi hari ini adalah Surabaya.
cuma 250km sahaja ka arah timur.
terletak di wilayah jawa timur dan perjalanana aku akan merentasi gunung Lawu.
Puncak gunung lawu setinggi 3265Meter dari aras laut akan aku lalui hari ini.
harapnya tidaklah hujan.
sangkaan aku meleset.
belom sejam memulakan perjalan hujan lebat telah mula turun dan disusuli ribut.
aku sempat berhenti untuk berteduh .
terlalu bahaya untuk ride didalam ribut di jalan pergunungan.
kabus mula menutupi jalan dan kenderaan mula berhenti di tepi jalan untuk menunggu ribut berhenti.
sedang aku mendaki jalan gunung ,tayar belakang aku pancit sekali lagi.
dengan tidak ada bengkel di sekitar aku…
aku berhenti di sebuah warung dan pemilik warung itu memberitahu bahawa kedai terdekat menampal tayar adalah 3 km lagi.
aku membuka tayar belakang dan rudy pemilik kedai itu membantu untuk membawa tayar aku ke kedai berdekatan untuk di tampal.
baik nya dia…
kerana bentuk mukabumi yg tinggi itu aku menunggu agak lama untuk tayar aku di tampal.
apatah lagi didalam hujan.
aku terpaksa menungu hujan reda untuk memasang balik tayar aku.
Bocor lagi
Bocor lagi

aku kehilangan 3 jam kerana tayar yang bocor.
sudah pasti aku tiba di surabaya pada malam hari.
sewaktu menuruni jalan berliku gunung itu kelihatan banyak anak muda santai berkumpul.
puncak gunung itu adalah pertemuan antara jawa tengah dan juga jawa timur.
anak anak muda bermotorsikal untuk berehat disitu memandang masih lagi hari bercuti.
tidak kurang juga kelihatan mereka berpacaran di puncak.
tidak asing bagi aku.kerana di malaysia begitu juga .
ada lagi sekitar 150km untuk aku tiba di kota surabaya dan hujan sudah mula turun dengan lebatnya.
aku menyarungkan baju dan seluar hujan.
aku mengambil masa 5 jam di dalam hujan ribut kali ini untuk sampai ka destinasi.
setebal manapon baju hujan…
akan pasti basah jika 5 jam kita berendam di dalam ribut.
beberapa jalan menuju masuk ka kota sudah mula ditengelami air.
aku berhenti untuk mengisi minyak dan berehat.
aku bertanya kepada orang tempatan…
mereka hanya tersenyum…
ini biasa pak..
bulan januari ini ..pasti hujannya lagi hebat.
itu normal ..kata mereka.
aku tersenyum dan membayar harga minyak dengan duit yang sudah basah.
minyak diindonesia adalah sekita rm1.50 perliter .
mereka juga mendapat subsidi dari kerajaan untuk minyak mereka
aku tiba di kota surabaya dengan keadaan lencun hampir jam 9 malam.
aku berhenti untuk makan malam sebelom menuju ka hotel.
kota yang dihuni hampir 3 juta penduduk ini pasti akan ada cerita yang menarik…

owhh….
in the newslah today

Ayo Sedulur…

Dari Semarang aku berangkat ka Borodor..
tapi aku bercadang untuk menyinggah dahulu di kota Demak.
Negeri Islam yang pertama di tanah Jawa setelah menumpaskan kerajaan hindu Majapahit dan hampir keseluruhan tanah jawa di islamkan.
disini juga terletaknya Masjid Agung Demak yang menjadi kunjungan umat islam dari seluruh pelusuk nusantara.
dibina pada tahun 1466 dan mengikut legenda tempatan ianya di bina hanya dalam satu malam sahaja oleh wali sembilan atau juga di kenali sebagai wali songo.
4 tiang utama nya di bina oleh setiap satu wali dan senibinanya sangat halus dan kemas.

Masjid agung..
Masjid agung..

dari Demak aku bergegas menyambung perjalanan.

hujan mula turun dengan lebatnya dan sekali lagi tayar aku bocor.
tepat didepan kedai menampal tayar aku berhenti.
Seperti biasa…
tampal cara bakar…
Tempel Ban
Tempel Ban

dulu masa aku budak budak main beskal…
camni lah tampal tiub aku bila bocor..
Kasi bakar itu tube
Kasi bakar itu tube

setengah jam kemudian perjalanana di teruskan.
jalan di sekitar sini agak rosak teruk.
mungkin disebabkan musim hujan ini dan juga di lalui oleh kenderan berat yg lebih muatan.
150 km keselatan yang sepatutnya mengambil masa 4 jam sudah tersasar.
pasti aku akan sampai lambat dan sudah gelap di Borobodor.
jalan ka borobodor aku perlu melalui antara 2 gunung dan tanah tinggi
iaitu gunung merbabu dan gunung merapi.
untuk melepasi antara 2 gunung itu dan mengelakkan kesesakan di kota jogjakarta aku menurut jalan itu.
hampir 40 km jalan mendaki dan lagi 40km jalan menurun aku tempuh di kala senja didalam hujan lebat dan kesejukan.
keadaan sudah gelap ketika aku tiba di borobodor.
kedai sudah mula ditutup disini selepas senja.
yang menjana ekonomi di pekan kecil ini hanyalah candi borobodor.
namun selepas pelancung pulang…pekan ini kembali menjadi sepi.
aku bercadang untuk berehat 2 hari disini.
untuk melawat candi borobodor dan juga mengeringkan pakaian aku.
dan yang paling penting.
pemeriksaan rapi perlu di lakukan keatas motor kesayangan aku sebelum perjalan jauh di sambung lagi.
Apatah lagi ini dalah musim perayaan.
jalanraya sangat sibuk dengan orang bercuti dan menyukarkan kenderaan kecil seperti kami yang menaiki “Kapcai”

Candi Borobodor yang dikelilingi sawah padi di tengah kampung Borobodor mempunyai daya penarik tersendiri.Umpama Angkor Wat dicambodia
ianya menjadi suatu tempat kunjungan yang pasti di indonesia.
terselamat dari gempa bumi dan letusan merapi pada tahun 2006 masih tersergam walaupon sudah berusia lebih 1200 tahun.

pengunjung yang datang dari segenap lapisan terutamanya yang beragama budha memenuhi ia setiap hari.lebih 70 ribu pengunjung pada hari biasa apatah lagi pada musim cuti panjang seperti ini.
masa yang paling sesuai dan paling menarik adalah sewaktu fajar menyinsing atau pon sewaktu mentari terbenam.

apakan daya,2 hari aku disini menunggu hujan tidak juga berhenti.
aku mengambil keputusan untuk terus sahaja melawat.
untuk orang asing bayaran dikenakan sememangnya lebih tinggi dari orang tempatan.
aku bernasib baik kerana boleh berbahasa lokal dan hanya perlu membayar tiket masuk seperti orang tempatan yang lain.
hampir 5 jam aku menikmati keindahan senibinanya.
dibina dengan 60 ribu cubik meter padu batu dan di temui oleh dan dibangun kan oleh Sir stanford Rafles pada 1815.
Borobodor telah mendapat pengiktirafan sebagai World heritage site pada tahun 1991.
namun pada tahun 1985 parti pembangkang sewaktu pemerintahan Suharto telah mengebom tingkat atas candi tersebut.
baik pulih telah pon dilakukan dan sekarang ia kembali seperti sediakala.
adalah menjadi peradaban bila menziarah candi atau pon stupa rumah budha kita mesti memulakan dengan arah kiri.ikut putaran jam.
dengan jarak hampir 5 km bila kita memulakan perjalanan dari bawah hinggalah ka puncaknya.
terdapat 1460 ukiran didindingnya tentang doktrin budha dan juga cara hidup orang jawa kira kira seribu tahun yang lampau.

i like her smile
i like her smile

awan sudah semakin gelap dan aku perlu berangkat pulang ka hotel aku.
aku mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan hari ini ka kota Solo.
sesuai dengan perjalanan aku yang solo ini.

ehh…
in the news also lah…

Terimakasih ..
Terimakasih ..

Paling enak si orang bujang,
Paling manis indung di sayang
Pulanglah pagi…
Pulanglah pagi..ngak di larang..

satu satu..
si duri pandan..
Baju satu…
Kering di badan…
(camnilah ride dalam hujan) 😉
Yok Nongkrong