Flag off

Salam.

Selamat berlepas dari Sri Pentas jam 10.00 pagi. Tol-tol yang dilalui adalah seperti berikut:

– Sg Buloh-Utara (telah tiba jam 10.20 pagi)
– R&R Tapah (telah tiba 12.32 tengahari)
– Sg Perak (arrived)
– Juru (arrived)
– Sg Petani (arrived)
– Pdg Besar (arrived)
– Hatyai (telah tiba jam 11.40pm)

Overall duration KL – Padang Besar ialah 7 jam

Doakan saya selamat diperjalanan.

Khodahafez.

—————-

Salaam and good day.

Departed from Sri Pentas at 10.00am. Stop points:

– Sg Buloh-Utara (arrived at 10.20am)
– R&R Tapah (arrived at 12.32pm)
– Sg Perak (arrived)
– Juru (arrived)
– Sg Petani (arrived)
– Pdg Besar (arrived)
– Hatyai (arrived at 11.40pm)

Overall duration KL – Padang Besar is 7 jam

Pray for my safe ride. Thanks.

Khodahafez.

Saya Anak Malaysia | I am Malaysian

Bacaan doa selamat | Prayers

Sebahagian barang yang ku bawa | Some of my gears

Sarung jacket | zipping my jacket

With Aziz Desa, live telecast Nasi Lemak Kopi O, TV9

With brother Awie Wings

With Kumpulan Wings

“Saya lalu kat sini…lepas tu sini…kemudian sini…”

Dah nak start dah…on your mark, get set….

GO………………….

Gerak dulu! Akan ku update lagi nanti petang atau malam.

TERKINI!!

Saudara Hadi kini berada di Sempadan Malaysia – Thai..proses pengisian borang sudah selesai, paspot di tangan..hanya menunggu masa untuk melepasi sempadan..lebih kurang lagi 30 minit Sdr Hadi akan tiba di Hatyai dan akan bermalam di sana. Sdr Hadi kini ditemani oleh 2 sahabat bikers yang akan ke Hatyai bersama beliau.

Perjalanan esok akan menuju ke Hua Hin sejauh 800 km..

Perjalanan hari pertama amat mencabar juga dengan cuaca tidak menentu..

Sdr Hadi telah mengirimkan pesanan terimakasih beliau kepada semua yang telah hadir pada pagi tadi juga kepada semua yang telah bersama sama menjayakan majlis pada pagi tadi.

Sdr Hadi juga ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada pihak Kerajaan Malaysia, Media Prima, pihak media dan juga kepada semua yang telah membantu merealisasikan impian beliau ini..

Maklumat terkini (update) akan di poskan apabila Sdr Hadi melaporkannya lagi..

~ Admin

——————

UPDATES!!

Hadi is now at the Malaysia – Thai border. The process has been done, just waiting to cross the border. He will be arriving in Hat Yai in less than 30 minutes and will spending the night there. Hadi is accompanied by his two closest buddy bikers.

Tomorrow’s journey to Hua Hin will take on 800km..

The unpredictable weather makes the first day of the journey a very challenging one.

Bro Hadi is sending his best regards with a heartfelt gratitude to all who have came to witness the flag-off event. A big thank you to Malaysia Government, Media Prima, the medias and to all who have help made his dream comes true.

Further updates will be posted soon as Bro Hadi reports his status.

Till later.
~ Admin

News: Belanja simpanan naik motosikal Modenas kelilingi dunia (B/Harian)

Lagi berita saya petik dari Berita Harian Online:

Belanja simpanan RM40,000 naik motosikal Modenas kelilingi dunia
23/04/10

HADI tunggang motosikal Modenas untuk mengelilingi dunia.

HADI tunggang motosikal Modenas untuk mengelilingi dunia. KUALA LUMPUR: “Saya membelanjakan wang simpanan sebanyak RM40,000 untuk merealisasikan impian mengelilingi dunia merentasi Asia, Asia Barat dan Barat menunggang motosikal yang digunakan ke pejabat setiap hari,” kata Hadi Hussien.

Beliau berkata, walaupun perjalanan melalui 23 negara menunggang motosikal ‘kapcai’ Modenas GT 128, antaranya Thailand, Nepal, Turki, Serbia, Itali, Poland dan Perancis itu gagal mendapat tajaan mana-mana pihak, ia tidak mematahkan semangatnya untuk mengibarkan bendera Malaysia di sana.

// //
“Saya akan menunggang motosikal pendaftaran QSM 17 selama enam jam sehari bermula Sabtu ini dalam siri pengembaraan sejauh 30,000 kilometer untuk mengibarkan Jalur Gemilang, selain membuktikan motosikal keluaran tempatan tidak kurang hebatnya,” katanya semalam. Hadi, 39, berkata, inspirasi pengembaraan itu datang selepas sering bertugas ke negara yang dilanda kesempitan hidup akibat pergolakan atau bencana alam ketika bekerja dengan pertubuhan antarabangsa.

“Atas amanah yang diberikan rakyat Malaysia, saya dan pasukan menggadai nyawa menghantar bekalan makanan dan pakaian kepada mereka yang ditimpa kesusahan dan ketika itu, saya benar-benar bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia yang aman damai,” katanya.

Hadi berkata, secara fizikalnya beliau bersedia apabila semua keperluan penjelajahan sudah disiapkan termasuk mengambil beberapa suntikan yang diwajibkan untuk mengelak penyakit, selain menyelenggara motosikalnya.

“Jaket dan but yang akan saya pakai ditempah dari Eropah yang kalis hujan dan dilengkapi ciri keselamatan seperti pelapik untuk mengelakkan kecederaan jika berlaku kemalangan manakala motosikal saya juga telah siap diselenggara,” katanya.
Ketika pengembaraan, beliau akan memaparkan perbezaan budaya, bangsa, agama dan sosio ekonomi negara terbabit melalui blognya, iaitu iamalaysian.com dan laman sosial sembang Facebook, selain mengemaskini aktivitinya untuk maklumat orang ramai.

// Kredit: Berita Harian

Design a site like this with WordPress.com
Get started