Lagi berita saya petik dari Berita Harian Online:
Belanja simpanan RM40,000 naik motosikal Modenas kelilingi dunia
23/04/10
HADI tunggang motosikal Modenas untuk mengelilingi dunia.
HADI tunggang motosikal Modenas untuk mengelilingi dunia. KUALA LUMPUR: “Saya membelanjakan wang simpanan sebanyak RM40,000 untuk merealisasikan impian mengelilingi dunia merentasi Asia, Asia Barat dan Barat menunggang motosikal yang digunakan ke pejabat setiap hari,” kata Hadi Hussien.
Beliau berkata, walaupun perjalanan melalui 23 negara menunggang motosikal ‘kapcai’ Modenas GT 128, antaranya Thailand, Nepal, Turki, Serbia, Itali, Poland dan Perancis itu gagal mendapat tajaan mana-mana pihak, ia tidak mematahkan semangatnya untuk mengibarkan bendera Malaysia di sana.
// //
“Saya akan menunggang motosikal pendaftaran QSM 17 selama enam jam sehari bermula Sabtu ini dalam siri pengembaraan sejauh 30,000 kilometer untuk mengibarkan Jalur Gemilang, selain membuktikan motosikal keluaran tempatan tidak kurang hebatnya,” katanya semalam. Hadi, 39, berkata, inspirasi pengembaraan itu datang selepas sering bertugas ke negara yang dilanda kesempitan hidup akibat pergolakan atau bencana alam ketika bekerja dengan pertubuhan antarabangsa.
“Atas amanah yang diberikan rakyat Malaysia, saya dan pasukan menggadai nyawa menghantar bekalan makanan dan pakaian kepada mereka yang ditimpa kesusahan dan ketika itu, saya benar-benar bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia yang aman damai,” katanya.
Hadi berkata, secara fizikalnya beliau bersedia apabila semua keperluan penjelajahan sudah disiapkan termasuk mengambil beberapa suntikan yang diwajibkan untuk mengelak penyakit, selain menyelenggara motosikalnya.
“Jaket dan but yang akan saya pakai ditempah dari Eropah yang kalis hujan dan dilengkapi ciri keselamatan seperti pelapik untuk mengelakkan kecederaan jika berlaku kemalangan manakala motosikal saya juga telah siap diselenggara,” katanya.
Ketika pengembaraan, beliau akan memaparkan perbezaan budaya, bangsa, agama dan sosio ekonomi negara terbabit melalui blognya, iaitu iamalaysian.com dan laman sosial sembang Facebook, selain mengemaskini aktivitinya untuk maklumat orang ramai.
Salam,
Yo yo yo wasap. Aku doakan ko berjaya. Tweet ler selalu, ye.
LikeLike
amin.
thanks bro
LikeLike
mcm lebih kurang xpdc 1malaysia http://xpdc1malaysia.blogspot.com/
why not join forces since xde byk sumbgan….bekerjasama untuk kebaikan dan matlamat yg sama, all the best!
LikeLike
Salam…
lebih kurang tapi tak sama…
takkan lah saya kapcai nak ikut group ride superbike?
kesian lah mereka nak kena tunggu sepanjang perjalanan
LikeLike
All the best bro….aku doakan selamat pergi dan pulang…..
LikeLike
thanks bro
LikeLike
Perhaps many do not know of Malaysia’s unsung hero arwah Suhaimi Joleman who went round the world on a solo bike excursion. Perhaps it was because he went on his own expenses without any corporate sponsor….
LikeLike
i heard about him.
god bless his soul
amin
LikeLike
Selamat Berjaya…All the best =)
LikeLike
Salam bro Hadi!
Insyaallah kita ketemu utk teh tarik session di pertengahan jalan. Mungkin di area Turkey ataupun Eropah Timur.
Selamat jalan dan take care bro!
Wassalam
Azizi Hashim
LikeLike
Salam bro….
Kita try meet halfway….
akan update dari semasa ka semasa.
ride safe
LikeLike
salam damai…salute bro ada masa and ilmu menjayakan ride sebegini…mohon belas kasihan klu buleh share paperwork utk rancang eide si masa hadapan..tq3vm..all d best..ride on ride safe..
LikeLike
salam bro.
thats why u call it paperwork dan perancangan.
u nd to know your bike and yourself and where you are going.
LikeLike
satu lagi plan harap berjaya tak macam air craf dulu…. aku doa kan utk kamu bro (teman-sejati mIRC 1998)tak pe nanti aku donate rm 10 2 dlm bank
LikeLike
insyallah…
thanks bro
LikeLike
My brother .. what ever how ever .. i wish you good luck and may God bless you..
Take care
LikeLike
Hi bro,
Have a enjoyable and safe journey!
Nice riding spirit going on there!
It doesn’t matter you are riding in cupzai or big bike!
The important thing is that you dare to do it or not!
Malaysia Boleh!
LikeLike
thanks mate
LikeLike
salam,
semoga selamat sampai ke london dgn menaiki GT128!
🙂
LikeLike
Bro,
Anda bersemangat waja…..Malaysia patut berbangga ada warganegara seperti anda….
LikeLike
Dear Bro Hadi,
You have done it. Cuma Tuhan aja yang tahu pengorbanan yang kamu buat di dalam mencari satu kepuasan yang bukan di bentuk untuk mencari satu nama ataupun gelaran berdasarkan apa yang yang kamu telah tinggalkan dalam 6 bulan yang lepas sehinggalah kamu selamat pulang ke tanah air insyallah dengan selamatnya. Bukan wang ringgit yang kamu cari malahan adalah untuk membuatkan seseorang atau sesiapa pun yang sepatutnya menghargai apa yang telah kamu lakukan iaitu menyedari hakikat dimana segunung mana pun duit yang dapat ataupun yang bakal kita cari dan simpan di dalam bank mahupun simpanan di bawah bantal, nyawa, niat kepuasan hidup tidak dapat mereka kecapi seperti apa yang kamu telah lakukan, kerana lebih banyak mereka mencari DUIT di dalam dunia ini, mereka tidak pernah rasa cukup dan mula menjadi semakin tamak, takut untuk berbelanja dan juga untuk menyentuh apa yang sepatutnya baik dan juga rasa kurang pasti apakah yang di katakan namanya BERDERMA kerana mereka sudah mula hilang keyakinan terhadap diri sendiri mahupun memberi kepada yang memerlukan. Tetapi dengan penat lelah dan juga dengan kamu menggunakan wang simpanan kamu selama ini 40,000 beserta doa beberapa orang selama ini, pada pendapat saya, ianya adalah lebih berbaloi dan amat terlalu berharga dengan seseorang ataupun sesebuah organisasi yang mempunyai 4m or 40m sekarang ini tetapi wang itu cukup untuk di lihat, di dengar, dirasa sedikit, di periksa bakinya setiap hari tetapi takut untuk memberi dan menderma. Bayangkan sejenak sekiranya semua duit yang telah mereka kumpul, cari selama ini iaitu 10, 20 mahupun 30 tahun selama mereka bekerja kuat terpaksa di tinggalkan tertanam di dalam bank mahupun terbiar di bawah bantal kerana dengan tiba tiba Allah mengambil mereka dengan tiada satu isyarat pun malahan mereka tidak pernah atau belum pernah pun mendapat kepuasan seperti kamu yang telah menjelajah ke semua negara dengan kadar perjalanan lebih 26,000 km? Bayangkan.
Selamat menjalankan hidup seharian selepas ini dan ingatlah kita pernah bertemu dan akan bertemu lagi di lain hari. Insyallah. Your friend in London.
LikeLike
selalunya yg dah banyak duit dan tinggi pangkat begitulah bro.
anyway….thanks for the asam pedas cicah roti for breakfast bro.
looking forward to see u again in Malaysia.
ada jugak anak Johor kat tgh London ni…
hahaha
LikeLike
congratulation 4 bro hadi…=)
LikeLike
dah tengok kat dalam tv3… memang mencabar halangan yang telah saudara lalui… buat lah dokumentari tentang perjalanan kl- london.. atau bukukan.. atau cd kan rakaman dan jual untuk dapatkan dana baru untuk projek seterusnya.. hanyalah cadangan ….. setelah menonton rancangan tadi saya dapat sekit motivasi untuk mencari hala tuju hidup saya… terima kasih banyak2…
LikeLike
terimakasih bro…sedang diusahakan…
LikeLike
terbaik bro – wish u luck,,
its my dream . ill foll0w ur footsteps.
tq
LikeLike
thanks bro.
follow your dreams
LikeLike