CFMoto 650 TK (Guinness World Record achievers Bike)…Why Spend More When You Can Get GREAT for LESS :)

Iamalaysian has been in the adventure riding industry since the founder of the company under Iamalaysian Dot Com Mr Hadi Hussien rode on a “kapchai” from KL to London, solo, through a 24,000 km ride, unassisted, with very low tech equipped( no gps and depend wholly on paper map) in year 2010. After coming back from the Equatorial ride in 2012 ( Indonesia Ride), Mr Hadi thought he would love to share his knowledge on bike care and maintenance with all. So Iamalaysian has set up a place intended for Bike Service and Spa named Iamalaysian V Care Centre for his knowledge sharing. Since then Iamalaysian has developed its own Chain oil (Voil) , Chain Oiler device (Voiler) and also coming up with its own Engine oil brand called Hadi oil. It’s growth for the past five years has slowly progress into something not only on the Adventure Riding traveller stories side but more on being the among the players in the bike business industries.

This year, after the Australian Continent Ride in 2015 last ended , Iamalaysian has decided yet again to expand by venturing into the Bike Rescue ,Halal Frozen Food and Cafe (“Cafe Spanar Dan Senduk”) business. The expansion is now continue by us opening our small showroom (next door ) and selling CFMoto and Megelli motorcycle range. The idea was to sell motorcycles which are both affordable and value for money so that buyers that wish to travel and commute daily with the bike would be satisfied with the bike chosen but spending lot less. Owning the road doesn’t mean you can’t spend wisely. We choose these bikes because we believe that they are very good bikes, purchases would be a bargain and well worth  every penny spend. Seeing the economic scenarios nowadays, when expenditures are very tight these bikes can well be one of the choices that fits the budget range nicely and still delivers in style.

CF1

For today Iamalaysian would love to introduce the CF Moto 650 TK first. Many might not know that although CFMoto is made in china but the brand range of bikes has widely penetrate the Australian, Canadian, New Zealand and USA sector, which says a lot on the bikes worth.   After breaking the “Guinness World Record” in 2014 by a couple who rides (Buck Perley and Amy Mathieson) that travelled 29,500 kilometres on a 131 day journey through every province in China using a CFMoto650 TK; the glorious achievement by CF Moto 650 was continued by another epic journey by Endurance riders, Craig Harcombe and Karl Pirchmoser that has put CFMoto’s touring bike, the 650TK to the ultimate test by completing one of the toughest longest distance rides in Australia in only six days (10,200 km). They claim that there was not much needed to be done to the bike except normal servicing and even put up a statement that says “The 650 monster is an unbelievable tourer with a price tag that will set touring riders heart racing.” Well that statement should carries a lot of weight in proving how trustworthy the bike can be.

Below are some of the Bike Tech Specs

  • Engine: 649.3cc, 8-valve, liquid-cooled, DOHC parallel twin, 180-degree crank
  • Power: 41.5kW @ 9500rpm
  • Torque: 62Nm @ 7000rpm
  • Bore x stroke: 83 x 60mm
  • Compression: 11.3:1
  • Transmission: 6-speed, multiplate wet clutch, chain drive
Chassis: tubular steel diamond frame with engine as fully-stressed member
  • Suspension: telescopic forks with hydraulic damper; oil and gas hybrid damper single damper rear shock
  • Brakes: dual 300mm steel discs with twin-piston calipers (front), 240mm disc with single-piston caliper (rear)
  • Tyres: 120/70 R1758H (front), 160/60 R1761769H (rear) Continental Road Attack 2
  • Wheelbase: 1415mm
  • Wet weight: 220kg
  • Seat: 795 mm
  • Fuel capacity: 17.5 litres

So we from Iamalaysian is inviting you to come the showroom to test the bike for yourself. We even will throw our buyers some great deals . AT the moment we have in our stock, RED, BLACK and WHITE color models only. For now the  price of the bike is RM 32,000.00 (OTR) but you can come by the showroom and see to believe what a beauty it is. No worries on spare parts and after buy servicing if you buy through us, because Iamalaysian can cater for all :). Below are some great offers that comes with the package.

  • 0 down payment (*terms and condition applies)
  • Up to 7 years  of Loan with AEON Credit (*terms and condition applies)
  • One Year Warranty or 10,000 km whichever comes first
  • Free 5X Services (including filter and engine oil) or 10,000 km whichever comes first
  • Free towing throughout Peninsular Malaysia for One Year
  • Free membership under MGMotorcycle Accident Management Services for One Year

So why wait, just whatsapp/call 019-2121 112 for appointment and if you are keen bring your :

  • ic
  • recent bill statement (3 months)
  • recent payslip (3 months)

WHY SPEND MORE WHEN YOU CAN GET GREAT FOR LESS 🙂

Some  Handsomes Pictures of CFMoto 650 TR beside its BIG brother Honda ST

 

Further references for readers to see

  1. Reviews here
  2. World Guinness Record
  3. Australian Transcontinental Insanity Ride
  4. Videos

 

**************Catatan Dalam Bahasa Melayu*********************

Iamalaysian telah berada di dalam industri pengembaraan lasak bermotosikal sejak pengasas syarikat itu di bawah Iamalaysian Dot Com Encik Hadi Hussien menunggang Kapchainya dari KL ke London, secara solo melalui 24,000 km perjalanan, tanpa bantuan atau pengiring, dengan bantuan teknologi minimum (tiada gps dan bergantung sepenuhnya pada pembacaan peta) pada tahun 2010. Selepas kembali beliau dari pengembaraan Cabaran Khatulistiwa pada tahun 2012 (Ride Indonesia), Encik Hadi berhasrat untuk berkongsi pengetahuan mengenai penjagaan dan penyelenggaraan motorsikalnya dengan semua. Oleh kerana itu Iamalaysian telah menyediakan sebuah tempat khas  untuk Perkhidmatan Bike and Spa diberi nama Iamalaysian V Care Centre. Iamalaysian telah melancarkan produk2nya sendiri seperti minyak rantai jenama (Voil), peranti Peminyak Rantai (Voiler) dan turut memperkenalkan pelbagai jenama minyak enjin sendiri dalam rankaian dikenali sebagai “Hadi Oil”. Sepanjang tempoh pertumbuhan selama lima tahun yang lalu, Iamalaysian telah perlahan-lahan maju setapak demi setapak ke hadapan dan kini bukan hanya terlibat dengan cerita-cerita Pengembaraan Bermotosikal Lasak Dunia  tetapi juga telah menjadi antara pemain dalam industri perniagaan bermotorsikal.

Tahun ini, selepas Pengembaraan Benua Australia pada 2015 berakhir, Iamalaysian telah memutuskan sekali lagi berkembang dengan meneroka cabang perniagaan Pengangkutan dan Penyelamatan Motorsikal (Bike Rescue), Makanan Halal Sejuk Beku(Halal Frozen Food) and Café Makanan ( ” Iamalaysian Cafe Spanar Dan Senduk”). Pengembangan bisnes kami ini diteruskan dengan pembukaan bilik pameran kecil kami (bersebelahan VCare Centre) yang mempamer dan menjual rangkaian motorsikal jenama CFMOTO dan Megelli. Idea asal kami adalah untuk menjual rangkaian motosikal yang harganya berpatutan dengan nilai wang supaya pembeli yang ingin mengembara dan berulang-alik dengan kenderaan mereka itu akan berpuas hati dengan motorsikal yang dipilih tanpa perlu berbelanja besar. Memiliki jalan raya tidak bermakna anda tidak boleh melabur keatas sesuatu dengan lebih bijak. Kami memilih rangkaian motorsikal ini kerana kami percaya bahawa ia adalah motorsikal yang bagus, menguntungkan pembeli kerana ia murah dan setiap sen yang dibelanjakan adalah sangat berbaloi dengan kemampuan motor terbabit. Melihat senario ekonomi pada masa kini, apabila perbelanjaan isirumah adalah sangat terhad, motorsikal ini boleh menjadi salah satu pilihan yang sesuai dengan bajet yang sederhana tanpa perlu berkompromi dengan keunggulan dan gaya.

Untuk hari ini, Iamalaysian ingin memperkenalkan CFMoto 650 TK, salah satu motor dalam simpanan bilik pameran kami. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa walaupun CFMOTO dibuat di china tetapi jenama ini telah lama secara meluas menembusi pasaran, Kanada, New Zealand, Amerika Syarikat dan Australia. Ini membuktikan lagi kredibiliti dan kemampuan motorsikal terbabit. Selepas memecahkan “Guinness World Record” pada tahun 2014 dengan kisah kembara pasangan (Buck Perley dan Amy Mathieson) yang mengembara sejauh 29,500 kilometer dalam perjalanan 131 hari melalui tiap-tiap daerah di China menggunakan CFMoto650 TK; pencapaian gemilang oleh CFMoto 650 TK ini telah diteruskan oleh satu lagi perjalanan epik oleh penunggang Endurance, Craig Harcombe dan Karl Pirchmoser dari Australia yang telah meletakkan motorsikal touring Cfmoto, iaitu 650TK untuk ujian akhir dengan melakukan salah satu daripada tunggangan jarak jauh paling sukar di Australia dalam masa hanya enam hari (10,200 km). Mereka mendakwa bahawa hampir tiada pengubahsuaian yang perlu dilakukan untuk motosikal terbabit kecuali servis normal dan juga meletakkan satu kenyataan berani yang mengatakan bahawa “Motorsikal 650 ini satu jentera yang sangat lasak dan hebat dan dengan tag harga yang rendah dan sukar dipercayai akan menyebabkan hati para penunggang motorsikal Touring berdegup kencang terlalu mahu memilikinya.” Suatu kenyataan yang sangat bagus dari mereka yang professional dan berpengalaman bukan?.

Di bawah adalah beberapa  Spesifikasi Teknikal Motor

  • Engine: 649.3cc, 8-valve, liquid-cooled, DOHC parallel twin, 180-degree crank
  • Power: 41.5kW @ 9500rpm
  • Torque: 62Nm @ 7000rpm
  • Bore x stroke: 83 x 60mm
  • Compression: 11.3:1
  • Transmission: 6-speed, multiplate wet clutch, chain drive
Chassis: tubular steel diamond frame with engine as fully-stressed member
  • Suspension: telescopic forks with hydraulic damper; oil and gas hybrid damper single damper rear shock
  • Brakes: dual 300mm steel discs with twin-piston calipers (front), 240mm disc with single-piston caliper (rear)
  • Tyres: 120/70 R1758H (front), 160/60 R1761769H (rear) Continental Road Attack 2
  • Wheelbase: 1415mm
  • Wet weight: 220kg
  • Seat: 795 mm
  • Fuel capacity: 17.5 litres

Kami dari Iamalaysian menjemput dan mengalu-alukan kedatangan anda ke bilik pameran kami untuk merasa kehebatan motor ini sendiri. Berita baik, kami juga akan memberikan pembeli kami beberapa tawaran yang sangat hebat. Dalam simpanan stok kami pada waktu ini hanya ada motorsikal CFMoto 650 TK, MERAH, HITAM dan PUTIH sahaja. Harga motorsikal adalah RM 32,000.00 (OTR) tetapi anda boleh datang sendiri ke bilik pameran dan melihat untuk mempercayai betapa bagusnya ia. Jangan bimbang tentang alat ganti dan servis selepas belian jika anda membeli melalui kami, kerana Iamalaysian mempunyai pusat servis untuk motor yang kami jual :). Berikut adalah beberapa tawaran hebat yang datang sekali bersama pakej.

  • 0 bayaran pendahuluan (* mengikut terma dan syarat)
  • Jaminan sehingga 10,000km atau setahun yang mana habis dahulu
  • Sehingga 7 tahun Pinjaman dengan AEON Credit (* mengikut terma dan syarat)
  • Perkhidmatan Servis Percuma sebanyak 5X (termasuk filter dan minyak enjin) atau 10,000 km yang mana habis dahulu
  • penundaan percuma di seluruh Semenanjung Malaysia untuk Satu Tahun
  • Keahlian percuma di bawah MGMotorcycle Accident Management Services untuk Satu Tahun

Jadi mengapa tunggu lagi?, hanya whatsapp / call 019-2121 112 untuk slot masa datang ke kedai dan jika anda berminat anda boleh terus membawa:

  • ic
  • penyata bil terkini (3 bulan)
  • slip gaji terkini (3 bulan)

TAK PERLU BAYAR LEBIH UNTUK SESUATU YANG HEBAT

 

When your life reaches a crossroad….go Ride

Nowhere
UP TO NOWHERE?

Travelling solo has its perks but most of the time, it’s just lonely roads heading some kind  of what I like to call “up to nowhere”. Well if I had the time and money and perhaps no one to care for (I still have my mum and NO I won’t say unfortunately tho :)) I wouldn’t mind making myself lost somewhere, riding all year round. I think the beauty of travelling; other than the majestic sightseeing, beautiful people and good scrumptious food that teases ones hungry belly; is having time for oneself. Time of quietness to reflect, thinking and to be free floating in our own thoughts,being lost away from troubles, until the only thing one can hear is just the wind whistling and one’s heartbeat drumming among the rumbling of the engine. Bliss

People have been bombarding me with questions about my rides ( no I’m not a Sifu, please) beckoning for answers. Usually i would prefer them to come by the shop for a chit chat. Easier that way. Some are practical questions about my bikes, places i visits, proper tires for the bike etc, but mostly, persistently asking on how much budget would one need for a journey like mine. My answer would be first, where do you want to go? They would casually reply with answers like, “I want to ride to Thailand”, “I want to ride to China” or “I want to ride just like you, to London and back”. So how much they ask? I paused, smile and then I ask again, Where do you want to go?

Before they could answer back I would quickly add some more, When I ask you where you want to go, my questions really means, where do you start and where would this ride ends? ( A ride is not just from point A to point B you know, remember it is call a “journey”?) How long do you plan for your ride(days of leave you get, off from work?off from responsibility what not?when is the exit plan? The longer you take the higher the expenses ), what kind of vehicle are you taking?, the bigger the machine the more you’ll spend on fuel and on other documentation fees, how many stops do you plan to have (hotel, food, necessities?), how many are you? (cause the more the merrier? hahaha no,because more people means a lot more to consider cause different people have different personalities, can you stand having them on the road? Can they stand you? Solo rider can simply adjust according to one’s need, not group ones tho)and lastly how are you as a traveller? (cheap backpackers hostel or five stars hotel? road stall food or high end restaurant? should you cook?). They ask me back, whatever do you mean? Being me, I smile

People that travel frequently would understand my point, there are more than “JUST MONEY”to start a journey. Especially if you are riding solo. The first and foremost I think would be your mental and physical health  (are you healthy enough? medication/vaccination, your medical history,can you handle crisis if anything happens? bikes broke down, disaster along the way, heat, coldness,accidents, do you have insurance?), Second would be how much time you have? ( away from work, family, parents, children, people who depends on you?) and  lastly only now you talk about the money factor ( owh before i forget, please add in your house rent, family allowances, and other monthly installments that you need to cater for into  the budget ). All three must be balance and then, and only then you can plot out the route to accommodate these three factors. If not you would only be rushing without abling to enjoy the ride and worst would end regretting to have taken the ride when you got back home. Remember I am writing as me, and how I would have done it. Different people might have different numbers on  their riding expenses based on their individual needs and desire. Maybe I can eat bread and cheese for the whole of a journey but you may not prefer to do so.

But if you are single person (or on a pension maybe?), only child with a huge trust fund to spend(or all your children have grown up), you sign your own leave, you are the boss (or you got no boss) , no pending installments, no ptptn loan hahaha pardon my jokes , nothing to care. Then by all means, the road is yours, go as far as you can. The world open for you to explore. Unless you are a daredevil all your life, living freely and doing rushing things makes you feel alive, then please by all means. The rides is yours. The consequences is yours too ;).

But as for me, as calculative and realistic as I am, I still believe that with good proper planning and good knowledge of where, what and how, you can give yourself a slack sometimes, especially when you reach a crossroad. Ahaaa, then the only  question that matters is not ,”to ride or not to ride”…but just “where to ride next” :).

Please come by the shop, we can eat drink and talk, sharing the rider rides views. Owh and bring your bike along. You are always welcome here at V Care Centre

*Some things I have written many times before alas good sharing is good sharing regardless

**Catatan dalam bahasa melayu**

Pertama sekali maafkan ayat sempoi aku. Perjalanan solo mempunyai nikmat tersendiri tetapi kebanyakan masa, ia hanya suatu perjalanan yang sunyi menuju apa yang aku suka panggil “entah ke mana”. Jika aku mempunyai masa dan wang berjuta, mungkin jika tidak ada apa yang perlu dijaga (aku masih mempunyai seorang mak dan TIDAK Aku tidak akan berkata malangnya :)) aku tak keberatan buat-buat hilang seketika di mana-mana, menunggang motor sepanjang tahun. Bagi aku keindahan sesuatu pengembaraan itu; selain daripada pemandangan yang indah, orang yang cantik2 dan makanan yang lazat2; adalah ia membolehkan seseorang itu mempunyai masa untuk bersendiri. Berada dalam ketenangan untuk mencerminkan diri sendiri dan untuk bebas terapung di dalam fikiran dan hilang seketika dari masalah kehidupan. Waktu di mana kita hanya boleh mendengar siulan angin dan denyutan jantung sendiri antara bunyi gegaran enjin. Perghh Damai

Ramai orang soal aku macam2, tentang pengembaraan bermotosikal aku ( jangan salah sangka aku bukan Sifu, harap maklum) cuba untuk mendapatkan jawapan. Biasanya aku lebih suka jika mereka datang sendiri ke kedai untuk berbual2. Lebih mudah dengan cara itu. Beberapa soalan adalah tentang motosikal yang aku tunggang, tempat2 yang aku lawati, tentang kesesuaian tayar motor dan lain-lain, tetapi kebanyakannya, selalu meminta jawapan kepada satu soalan yang sama , “berapa banyak bajet seseorang perlu untuk perjalanan seperti aku?” Jawapan aku mudah, “Nak gi mana, bro? Mereka akan menjawab, “Aku nak ride ke Thailand bro”, “Aku nak ride ke Cina” atau “Aku mau ride macam bro, nak ride ke London”. Jadi berapa bajetnya? Sambung mereka. Aku berhenti sebentar, tersenyum dan kemudian mengulang pertanyaan pertama aku tadi, “Kau nak gi mana?

Sebelum mereka sempat menjawab dengan cepat aku menambah, Bila aku bertanya kat kau “Nak gi mana?”, soalan aku sebenarnya bermaksud, Dari mana ride akan bermula? dan di mana ia akan berakhir? (Sesuatu perjalanan bukan bermakna dari titik A ke titik B saja, ingat ia dinamakan “pengembaraan”?) Berapa lama kau bercadang untuk perjalanan kau? (hari cuti kau?, off dari kerja?, off daripada tanggungjawab, pada keluarga etc?, bila kau bercadang untuk pulang? semakin lama kau mengambil masa di jalananan semakin banyak wang yang akan diperlukan), apa jenis motor? (lebih besar cc lebih banyak kau akan bayar untuk minyak dan yuran untuk dokumentasi kenderaan, berapa banyak hentian kau rancang untuk berhenti (hotel, makanan, keperluan?), berapa ramai yang akan turut serta? (Sebab kalau lebih ramai lebih meriah ke? Hahaha tidak, kerana lebih ramai orang bermakna lebih banyak kepala kau nak jaga sebab lain orang lain personaliti, kau harus menyesuaikan diri dengan mereka sepanjang trip, boleh ke?) Dan akhir sekali bagaimana kau sebagai pengembara? (Backpacker hotel murah atau hotel lima bintang saja? Kedai makan tepi jalan atau restoran mewah? Memasak?). Mereka tanya balik kat aku, apa aku maksudkan? Aku sengih…

Orang-orang yang kerap mengembara akan memahami maksud aku, terdapat lebih banyak pekara penting dari hanya memikirkan tentang “WANG” untuk memulakan sesuatu perjalanan. Terutamanya jika kau menunggang solo. Tapi yang paling utama ialah tiga faktor penting. 1. Yang pertama ialah faktor kesihatan mental dan fizikal diri ( tubuh badan kau sihat? Ubat / suntikan vaksin dah ambil?, apakah kau boleh mengendalikan krisis kalau terjadi sesuatu? Motor rosak, bencana di sepanjang jalan, sakit, Tahan tak cuaca panas melampau atau kesejukan hingga ke tulang?, kalau terjadi kemalangan boleh tak kawal keadaan?, kau ada insurans? Adakah kau bersedia mental dan fisikal untuk menghadapinya?), 2. Yang kedua berapa banyak masa yang kau ada? (Tidak bekerja mengambil cuti tanpa gaji, tanggungjawab pada keluarga, ibu bapa, anak-anak, orang-orang yang bergantung kepada kau?) 3. Dan akhir sekali barulah meletakkan faktor wang dalam isu persediaan perjalanan (owh sebelum aku lupa, sila tambah duit sewa rumah, elaun keluarga, dan ansuran bulanan lain yang kau perlukan ke dalam bajet. Kita pergi berjalan tapi benda2 ni kena fikir juga beb. Anak bini nak makan apa. Apa kau ingat berjalan tu bleh melenggang lupakan family ke? Kalau apa2 jadi?). Ketiga-tiga harus saling mengimbangi dan kemudian, dan hanyalah kemudian barulah kau boleh rancang laluan perjalanan berdasarkan ketiga-tiga faktor di atas. Jika tidak, kau hanya akan tergesa-gesa tanpa mampu menikmati erti pengembaraan sebenar sepenuhnya dan yang paling teruk semua memori akan berakhir dengan penyesalan telah melakukannya apabila kau pulang semula ke rumah. Perlu ingat aku menulis seperti aku, dan bagaimana aku akan melakukannya.

Tetapi jika kau masih bujang (atau mungkin dah pencen?), anak tunggal dengan tabung amanah besar untuk dihabiskan, “berak duit” lah aku selalu kata (atau semua anak-anak dah besar), kau yang sain surat cuti kau sendiri, sebab kau bos (atau kau dah takda bos), tiada lagi ansuran yang belum selesai (takda hutang beb), tak ada pinjaman PTPTN hahaha sori aku buat lawak, takda siapa untuk dijaga. Maka dipersilakan, pergilah mengembara, pergi sejauh yang kau nak. Dunia ini untuk kau terokai. Kecualilah kalau kau memang sukakan cabaran, hidup bebas dan melakukan sesuatu tanpa perancangan “dare devil” lah konon. Hanya dengan cara itu ia akan membuat kau merasa hidup, maka silalah. Tapi ingat apa2 yang terjadi dikebelakangan hari, awak juga yang kena tanggung tau.

Tetapi macam aku cakap, ini cara aku berfikir, walaupun aku terlalu berhati2 dan lebih suka bersikap realistik, tapi aku masih percaya bahawa dengan perancangan rapi dan pengetahuan yang baik tentang di mana, apa dan bagaimana, kau boleh memberi diri kau pengecualian sekali sekala sewaktu perjalanan, terutama apabila kau tiba di satu persimpangan dan semua pilihan itu nampak best 🙂 blaka . Haa masa tu satu-satunya soalan yang penting ialah, bukan “nak ride ke tak nak ride?” … tetapi hanya tanya diri “Nak ride mana seterusnya” :). Pelan-pelan kayuh beb

Apa2 pun,jemputlah datang ke kedai, kita boleh makan, minum dan berbual, berkongsi pengalaman bersama. Owh bawak le motor servis sekali. Baru syok sembang

  • P.s Sesetengah perkara yang aku tulis telah banyak kali diulang sebelum ini, tapi pada aku perkongsian yang baik adalah tetap satu perkongsian yang baik tanpa mengira berapa kali ia diulang.

HadiStation