Year End Special Review with Iamalaysian Numero Uno Top Mechanic : Shaziq Shah
by Hadi Hussien 2016
The year 2016 end is just around the corner. For some, it is the best time to wrap up their stories but for a few, it just means gearing up for a new beginning. Year 2016 was a great year for practice sessions, the warmers much needed for the tyres and for our top man Mechanic turn racer, Shaziq Shah to get his suit up before the revs go all wild. Read on as Shaziq talks about himself and his involvement in bike racing.
Name: Shaziq Shah
Job Title: Iamalaysian Workshop Head Supervisor/Technical Trainer
BOD/Age/Sign: 21/5/1993/23 years old/ Gemini
Tell us abit about yourself: I was born and raised in Selangor, my dad is from Perak but my mum is originally from Selangor and we all are living here basically. I got my early education at Sekolah Rendah Kepong (FRIM) and attended highschool at MAHAT Sg Plong Sg Buloh. I started working very early around 19. My first job was at a Biodiesel factory before becoming a despatch boy in 2014. In 2015 I finally figure I should do something better for myself so I enrolled at Giat Mara Batu Caves under the “Teknologi Motorsikal’ Program from (June till December 2015). I graduated and start my job as a mechanic at Iamalaysian VCare Centre until now.
Some information on your family: I’m the first child of four siblings, there is my sister below me, now studying in Uitm,followed by my little brother also still studying in ILP and the youngest brother is still in form 3. My dad works in FRIM and my mum is a teacher in a school at Kepong. We are all living together here in Selangor.
Does your family Support you?: Yeah, there were some concerns at the beginning. As parents they get worried about me but eventually they see my passion and now give their full support and blessing. I am pretty much a family man and that means alot to me to have their prayers and ‘doa’ you know.
What motivates you to become a racer?: A friend, from my bike group. He was actively racing back then in the Kapchai Endurance Race. When I hear his stories about his races I think that got me interested to try out. You know like love, I fell for it instantly. Deep inside I know I got it. Alhamdulillah, now I am racing. Mine was bit slow start but nothing is too late. I start my racing involvement in 2015 with Team GTX Extreme riding a Kriss 110 number 29 in the Kapchai Endurance KBS-MAM Race series for one whole year. Back then I was still rough around the edges. Then this year 2016 I started racing with the Ababil Team riding a Yamaha TZM in the King of 2T Race Series under the 150cc Open 2T Tank : Full fairing category. I was aiming for top 5 on the list (King of 2T Championship standings mix Sports Productions) and really getting there having gotten podium ( finishing second and third) on two of Sam Wheelie motorprix races but, alas I only managed to finish at number 8 (21 riders nationwide) which is good actually considering my limitations. Racing is not a full time thing for me, I still got other commitments and a day job to keep, plus racing is a pretty expensive thing. I still love it though.
What is your future undertakings/concerns as a racer?: Well 2016 was a great year but I’m putting my feet forward for 2017. Being on Top 5 listing in the King of 2T Championship standings should be a good mark. Will work harder to get points and compete at least in 10 major events next year. My main concern is for a better bike and also maybe how to financially supporting this love of mine (I pay myself to enter these races). Who knows if there is a chance of getting sponsorship I know I can perform much better. I still hold on to this dream of one day being able to race in the Cub Prix you know. Some people may say it’s a far off dream and that I’m too old already, 23 is like rabbit year in the race world but I say, well who knows, I might prove them otherwise. Main thing now is to focus on winning and delegating my time well. Have to work twice as hard this time around to make sure my professional job career is also progressing. Being the head mechanic in Iamalaysian VCare Centre has given me the exposure of knowing more about bikes and maintaining them but that’s another story and another chapter of my life (laugh).
Describe yourself in 10 words: Slow Start, Keep fighting, Never Give Up, Quiet,Likes laughing.
Favorite Food/Color/Racer: Anything Spicy/Green/Fadli sham walat & Valentino rossi
Are you still single?: Single (not married) but not available. hahahaha. Currently in a relationship with a sweet girl. She is from Perak. She doesn’t really involved in my racing activities but my girl is always supporting me. She is still studying and InshaAllah I plan to start a family soon with her, I hope. Likewise need to work harder to support a family. But the dream to race will never die.
Last word: Thank you to all my family especially to my dad Shah Mohd Drus and Mum Salinah Binti Miswan for your support and guidance and to ms azura husin, my boss abang hadi for being patience with me, my race team (former and present) and all that have been with me since day 1. Thank you a million
Catatan dalam bahasa Malaysia
Bual bicara khas penutup tahun 2016 dengan Mekanik Utama Iamalaysian: Shaziq Shah
oleh Hadi Hussien 2016
Kita sudah hampir di ambang akhir tahun 2016. Bagi sesetengah orang, ia adalah masa yang terbaik untuk mengakhiri kisah selama setahun dan mengimbau kejayaan/kegagalan yang telah berlalu tetapi untuk sesetengah orang lain pula, ia hanya bermaksud, bersiap sedia untuk satu permulaan hidup yang baru. Tahun 2016 merupakan tahun yang hebat untuk sesi permulaan, ibarat ‘pemanas’ yang amat diperlukan untuk mengasah tayar dan bagi mekanik kami merangkap pelumba motor ‘intermidiate’, Shaziq Shah mendapatkan semula rentak perlumbaannya. Baca temubual ekslusif kami bersama Shaziq a.k.a ‘Anak Pak Shah’ bercakap tentang dirinya dan penglibatan beliau dalam perlumbaan motosikal ini.
Nama: Shaziq Shah
Jawatan: Ketua Penyelia Bengkel Iamalaysian / Jurulatih Teknikal
BOD / Umur / Bintang : 21/5/1993 / 23 tahun / Gemini
Beritahu kami mengenai diri anda: Saya dilahirkan dan dibesarkan di Selangor, ayah saya berasal dari Perak tetapi ibu saya berasal dari Selangor dan kami semua tinggal di sini pada asasnya. Saya mendapat pendidikan awal saya di Sekolah Rendah Kepong (FRIM) dan sekolah menengah di MAHAT Sg Plong Sg Buloh. Saya mula bekerja seawal 19 tahun lagi. Pekerjaan pertama saya ialah di sebuah kilang Biodiesel sebelum menjadi penghantar dokumen pada tahun 2014. Pada tahun 2015 saya ambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang lebih baik untuk masa depan diri sendiri jadi saya menyambung pelajaran di Giat Mara Batu Caves di bawah persijilan “Teknologi Motorsikal ‘ dalam program yang berlansung dari (Jun hingga Disember 2015). saya menamatkan pengajian dan memulakan tugas saya sebagai seorang mekanik di Iamalaysian VCare Centre sekitar penghujung tahun (bulan november 2015) sehinggalah kini.
Maklumat mengenai keluarga anda: Saya anak pertama daripada empat beradik, ada kakak saya di bawah saya, kini menuntut di UiTM, diikuti oleh adik lelaki saya juga masih belajar di ILP dan adik bongsu masih dalam tingkatan 3. Ayah saya bekerja di FRIM dan ibu saya seorang guru di sebuah sekolah di Kepong. Kami sekeluarga tinggal bersama di Selangor.
Adakah Keluarga Menyokong minat anda?: Ya, tidak dinafikan terdapat kebimbangan pada awalnya. Sebagai ibu bapa mereka khuatir akan keselamatan saya tetapi akhirnya mereka melihat semangat saya yang tak pernah kenal putus asa dan kini nampaknya mereka memberi sokongan penuh dan berkat doa mereka, alhamdulillah, saya berjaya mencapai beberapa kejayaan yang membanggakan. Saya memandang serius institusi kekeluargaan jadi mendapatkan doa dan restu dari mereka adalah sangat penting bagi saya.
Apa yang mendorong anda untuk menjadi pelumba ?: Pengaruh rakan-rakan dan seorang teman, dari kumpulan motorsikal saya di kampung waktu saya kecil dulu. Beliau secara aktif nya terlibat dalam perlumbaan “Kapchai Endurance” ada ketika itu. Apabila mendengar cerita beliau tentang perlumbaan-perlumbaan yang di sertainya ketika itu, hati saya jadi tertarik untuk mencuba. Anda tahu seperti cinta, saya jatuh cinta untuk berlumba serta-merta. Jauh di dalam hati, saya tahu saya mampu melakukannya. Alhamdulillah, sekarang saya sudahpun mencapai impian itu. Walaupun penglibatan saya pada permulaan agak perlahan tetapi pada saya biar lambat asal jadi. Saya mula aktif berlumba pada tahun 2015. Pada waktu itu saya dengan pasukan GTX Extreme menunggang Kriss 110 nombor 29 dalam KBS-MAM siri Race Kapchai Endurance untuk sesi selama satu tahun. Ketika itu saya masih baru dan masih cuba mencari rentak yang sesuai. Kemudian pada tahun ini 2016 saya mula berlumba dengan Pasukan Ababil menunggang Yamaha TZM dalam perlumbaan King of 2T Race Siri bawah 150cc 2T Open Tank: kategori ‘fairing’ penuh. Saya mensasarkan untuk berada dalam kedudukan 5 teratas dalam senarai itu (King of 2T Championship standings mix Sports Productions) dan alhamdulillah untuk tahun 2016 ini saya berjaya mendapat (tempat kedua dan ketiga) dalam dua perlumbaan Sam Wheelie motoprix (dari perlumbaan 2 Sam Wheelie motorprix dan 4 King of 2T yang saya ikuti) tetapi, malangnya saya hanya berjaya berada di kedudukan nombor 8 (dari 21 pelumba dari seluruh negara) setelah gagal meraih mata utama dalam perlumbaan penamat di Kuala Selangor baru-baru ini. Berlumba ni bukan satu pekerjaan sepenuh masa bagi saya, saya masih mempunyai komitmen lain dan kerja tetap yang perlu saya jaga, tambahan pula penglibatan dalam perlumbaan ini memerlukan belanja yang agak besar. Sebagai contoh saya membayar sendiri yuran penyertaan untuk setiap perlumbaan.
Apa perancangan masa depan anda dan kebimbangan anda sebagai pelumba ?: Tahun 2016 adalah tahun yang hebat tetapi saya meletakkan harapan tinggi untuk tahun 2017. Perancangan utama sekarang ialah untuk berada di kedudukan 5 teratas dalam penyenaraian di King of 2T Championship. Akan bekerja lebih keras untuk mendapatkan mata dan bersaing sekurang-kurangnya dalam 10 acara perlumbaan utama pada tahun hadapan. Kebimbangan utama saya pada keupayaan jentera yang lebih baik dan juga mungkin bagaimana (dari segi kewangan) untuk menampung aktiviti ini. Saya juga harus lebih memberi tumpuan kepada keupayaan fisikal dan kekuatan mental bagi menghadapi saingan yang lebih sengit kelak. Siapa tahu jika terdapat peluang untuk mendapatkan penajaan saya tahu saya boleh melakukan lebih baik. Saya masih berpegang kepada impian untuk satu hari nanti dapat berlumba dalam Perlumbaan Cub Prix. Sesetengah orang mungkin mengatakan ia impian mustahil dan bahawa saya sudah terlalu tua untuk itu. 23 adalah seperti tahun arnab dalam dunia perlumbaan tetapi saya cuma menjawab perlian mereka dengan berkata, Siapa tahu, saya mungkin orang pertama yang berjaya membuktikan andainan mereka itu salah. Perkara penting sekarang adalah untuk fokus bagaimana untuk menang dan membahagikan masa saya dengan baik. Perlu bekerja dua kali lebih keras kali ini dan memastikan kerjaya dan pekerjaan profesional saya yang sedia ada juga berkembang. Sebagai ketua mekanik merangkap bakal tenaga pengajar dalam Iamalaysian VCare Centre, kerjaya ini telah memberikan pendedahan untuk mengetahui lebih banyak tentang motorsikal tapi itu mungkin dalam cerita lain pula(ketawa).
Gambarkan diri anda dalam 10 perkataan: Lambat Panas, Terus berjuang, Tak Putus Asa, Tenang, Suka Ketawa.
Kegemaran Makanan / Warna / Idola : Asal Pedas / Hijau / Fadli sham walat & Valentino rossi
Adakah anda masih single?: Ya Single (belum berkahwin kan hahaha ) tetapi tidak mencari. Pada masa ini saya dalam hubungan dengan seorang gadis manis berasal dari Perak. Rakan sekampung saya. Dia tidak terlalu teruja dengan penglibatan saya dalam aktiviti perlumbaan saya tetapi dia sentiasa menyokong saya. Dia masih belajar dan InsyaAllah saya bercadang untuk memulakan sebuah keluarga tidak lama lagi bersama dengannya, ya itu pasti dalam perancangan. Begitu juga perlu bekerja lebih keras untuk menyara keluarga. Tapi jangan risau, impian untuk berlumba tidak akan mati.
Kata-kata pesanan: Terima kasih buat seluruh keluarga terutama ayah, Shah Mohd Derus dan ibu Salinah Binti Miswan atas sokongan dan bimbingan juga kepada azura husin, majikan saya abang hadi kerana bersabar dengan saya, kumpulan race saya (dulu dan sekarang) dan rakan-rakan serta semua yang terlibat. Terima kasih berjuta.