My Life is not a Race, so are my Rides

ISAW0274

          “Taking the journey Alone”
     Solo Rider Hadi Hussien 2016
*sarikata melayu di penghujung cerita ini

Been neglecting the blog for so long, one can see spider crawling up the wall 🙂 alas I have been very busy after the Australian Continent Ride. My hearts goes out for those I’ve left behind, people that have supported me and memories I have experience. Ever since touchdown,this “Anak Johor” has been pushing and churning the life out of him, back juggling normal everyday notes of living. Some news have been good news, others have not turn out as anticipate. All in all, just normal everyday thing.

The economic growth has given us pious hope. Not just me feeling, me think. The whole country is feeling the heat. We hope and pray for things to get better and somehow I feel things eventually will. It always would, nature has a way of bouncing its way back up. Just have “Faith”.

Some have been asking “Where next? What’s next?” Seems eagerness has seeped in. Relentlessly,wanting to know what I will do, where I will go. Those around me have been blessed to know that Hadi Hussien has never “have nothing to do”. Even while you think I’m relaxing (of which I have none recently) my heads keeps on spinning. Carefully calculating and laying out the plotting for my next project, that of which would include my rides. I have not yet taken anything in life slowly, but definitely not setting the pace as a race mode. Likewise been telling others” My Life is not a Race, so are my Rides”. I prefer to keep it slow and steady; not wanting to miss a thing, being able to grasp the surroundings,history, people and scenery.

IMG_20160106_123717

I’m delighted to see changes of scenarios in the Overlander world that has swept like fire across our riding society. I applaud the effort. Many have gone out, off the beaten typical route and have taken the courage to take up the riding in a more unconventional way. Good!, definitely glad things have change. Thank God, the updates are not just normal “Kopi2 awana or riding for nasi lemak whatnot” only. Some have spend years, months of preparation, others just take off and brace the challenge. Whatever you do, always read and prepare yourself. As I’ve said before, riding is fun until something bad happens. Then you will see, no one is actually around cheering you back up. Preparation is the key and referring to the right people (don’t make me write about the pretentious ones) will ensure that you will not do foolish things. And watch out on bumptious statements you make after just one ride during “Teh Tarik” session with friends. People next table may accidently hear you and give you a good laugh.

Do you feel overwhelmed by all these new Overlander?One ask. My answer would be “NO”. I would encourage people to take your own bike and ride on man. Every single rides I have done, every little or big project I have undertaken, are all a part of me, my life my journey that I have shared and why should other people rides makes me uneasy? Should I feel less important, feel my accomplishment gone? Feel inferior or challenged? NO. I will continue to plan my rides as I would have done it and reading more to makes sure I do it even better. As arrogant as a person can be (no pun intended) I have my own ways and surely it would be nothing of a copycat off others. I am different and proud of myself. I should, shouldn’t I?, because everything that I preach, I have done. Btw and where have you ridden lately :)?

“Memilih Mengembara Sendiri”

                                                Pengembara Solo Hadi Hussien 2016

Saya telah mengabaikan blog ini sekian lama, sampai boleh lihat labah-labah merangkak naik ke dinding blog :). Malangnya saya sangat sibuk selepas pengembaraan ke Benua Australia. Terima kasih pada mereka yang telah saya tinggalkan, orang2 yang telah menyokong saya dan kenangan yang tak dapat saya lupakan. Sejak ketibaan saya kembali ke tanah air, “Anak Johor” ini telah berusaha tanpa henti bertungkus lumus, cuba mengimbangi nota hidup sehari-hari, hakikat biasa seorang manusia. Beberapa berita telah berkesudahan dengan baik, dan ada juga yang tidak menjadi nyata, seperti yang diharapkan. Apapun, ia hanyalah pekara normal kehidupan sehari-hari.

Pertumbuhan ekonomi Negara banyak memberikan kita harapan yang kabur. Bukan hanya saya sahaja yang rasa, saya fikir, orang lain juga merasakan bahangnya. Kita semua berharap dan berdoa untuk perkara yang lebih baik dan saya yakin perkara yang baik akhirnya akan berlaku. Ia sentiasa akan, alam semula jadi mempunyai cara sendiri untuk kembali. Hanya perlukan “Keyakinan”.

Ada yang telah bertanya pada saya “Lepas ini buat apa? Lepas ni nak ride kemana?” Nampaknya keghairahan dan sifat ingin tahu telah meresap masuk dalam hati-hati mereka. Mereka teringin nak tahu apa yang saya akan lakukan, di mana saya akan pergi. Orang di sekeliling saya amat beruntung kerana mereka tahu bahawa Hadi Hussien TIDAK pernah diam, tidak pernah “tidak mempunyai apa-apa yang perlu dilakukan”. Walaupun ketika anda fikir saya sedang santai (yang mana ketika ini saya tak dapat sedikitpun rehat) kepala saya  sentiasa berputar ligat, berfikir dengan berhati-hati, mengira dan menyusun atur rancangan untuk projek saya seterusnya, termasuklah ke mana saya akan pergi selepas ini. Saya tidak pernah mengambil jalan mudah atau melakukan sesuatu dengan terlalu perlahan, tetapi pastinya tidak pernah meletakkannya dalam mod terlalu Laju. Banyak kali saya beritahu orang lain “Hidup saya bukan satu perlumbaan, begitu juga pengembaraan saya”. Saya lebih suka untuk memastikan ia perlahan dan mantap; tidak mahu terlepas apa-apa, dapat memahami persekitaran, sejarah, manusia dan menikmati pemandangan.

 

Saya gembira melihat perubahan senario di dunia Overlander yang telah melanda seperti api yang sedang marak membakar, keseluruh komuniti penunggang2 bermotorsikal. Saya memuji usaha yang dilakukan. Ramai yang keluar, jauh dari laluan biasa dan telah mengambil keberanian untuk menunggang dengan cara yang tidak konvensional. Bagus!, amat gembira melihat perubahan. Alhamdulillah, kini update status bukan hanya normal “Kopi2 awana atau Menunggang untuk nasi lemak” sahaja. Ada antara mereka menghabiskan masa bertahun, berbulan untuk persediaan. Tapi ada yang lain hanya mengambil masa sesaat berfikir, hidupkan motor dan terus jalan. Apa saja yang anda lakukan, sentiasa membaca dan menyediakan diri anda. Seperti yang saya katakan sebelum ini, menunggang motor itu menyeronokkan sehinggalah sesuatu yang buruk terjadi. Kemudian anda akan lihat, tiada siapa sebenarnya berada disekitar anda untuk membantu anda kembali bangkit. Persediaan adalah kunci dan rujukkan pada orang yang betul2 tahu (jangan buat saya menulis tentang orang-orang yang berpura-pura tahu) akan memastikan bahawa anda tidak akan melakukan perkara-perkara bodoh. Dan berhati-hati ke atas penyataan sombong dan takbur  yang anda buat selepas hanya satu perjalanan ke thailand semasa sesi “Teh Tarik” dengan rakan-rakan. Orang meja sebelah mungkin secara tak sengaja terdengar dan mengetawakan kamu.

Adakah anda rasa tergugat dengan kemunculan semua Overlander2 baru ini? Seseorang pernah bertanya. Jawapan saya mudah “TIDAK”. Saya akan menggalakkan lebih ramai orang untuk mengambil kunci motorsikal anda dan pergi mengembara. Mengapa saya harus tergugat?! Setiap satu tunggangan yang telah saya lakukan, setiap projek kecil atau besar, semuanya adalah sebahagian daripada saya, hidup saya, perjalanan saya, yang telah saya kongsikan bersama. Adakah saya harus merasa kurang penting?!, rasa pencapaian saya tak bermakna?! Berasa rendah diri atau dicabar?! TIDAK. Saya akan terus merancang pengembaraan baru saya. Saya akan lebih banyak membaca untuk memastikan saya akan lakukannya lebih baik dari orang lain. Mungkin kedengaran sedikit sombong (tidak bertujuan sebegitu) Hadi Hussien mempunyai caranya yang tersendiri dan pasti ia tidak akan meniru orang lain. Saya berbeza dan bangga dengan diri saya sendiri. Saya perlu merasakan begitu bukan? kerana semua yang saya katakan, saya telah lakukannya. Oh ya, kamu yang bertanya ni, dah pernah mengembara sampai ke mana 🙂?

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s